Some feel that
problems exist only in childhood
or at early stage of life like this…
Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Some feel that
problems exist only in childhood
or at early stage of life like this…
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kira-kira 1.2 juta penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan apabila perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 sehingga RM320 setahun mengikut gred ekoran ia tidak pernah disemak sejak 1991.
Bagi pesara pula, beliau berkata, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen melibatkan peruntukan RM600 juta dan mulai tahun 2013 kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
Di dalam bajet kali ini, Najib turut mengumumkan had umur baru bagi persaraan wajib iaitu daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.
"Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru," ujar Perdana Menteri.
Selain itu, Najib juga mengumumkan bayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam yang akan dibayar pada bulan Disember ini selain bayaran khas RM500 kepada semua pesara kerajaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, penyelarasan gaji serta kenaikan kadar kenaikan gaji tahunan itu merupakan salah satu daripada empat elemen Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mula diperkenalkan dalam bajet tahun ini.
"SBPA merupakan satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan ia digubal dengan bermatlamat mentransformasi Perkhidmatan Awam Malaysia supaya ia menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi," ujarnya.
Menghuraikan lebih lanjut tiga elemen lagi di dalam SBPA, Perdana Menteri berkata, kenaikan gred berdasarkan time-based (tempoh perkhidmatan) bagi guru akan dikurangkan daripada tahun ke-10 kepada tahun kelapan perkhidmatan.
Beliau berkata, ini bermakna seorang guru akan berada pada gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16.
"Jika mengikut time-based sekarang ia memakan masa 10 tahun tetapi di bawah SBPA ia hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja," katanya lagi.
Satu lagi elemen yang terdapat di dalam SBPA, beliau berkata, gaji maksimum dalam gred ditingkatkan lebih 30 peratus.
"Sebagai contoh di dalam SSM bagi seorang guru gred DG48 gaji maksimumnya adalah RM6,325.39 tetapi di dalam SPBA gaji maksimum akan meningkat 37.7 peratus. Dengan pertambahan itu jumlah gaji maksimum yang baru ialah RM8,710," ujarnya.
Peperiksaan PMR 2011
akan dilansungkan pada
4 – 11 Oktober 2011.
Semoga keputusan peperiksaan sebenar
akan lebih baik daripada keputusan percubaan,
InsyaAllah.
Berikut Jadual Peperiksaan PMR 2011 :
Untuk mendapat maklumat lengkap
sila ke website
Kementerian Pelajaran Malaysia
SIAPAKAH yang bertanggungjawab menterjemah dan menerbitkan 130 judul buku sains dan matematik demi memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris? Jawapannya: Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
Siapakah yang menterjemah karya Presiden Obama berjudul The Audacity of Hope (Keberanian Menggapai Harapan) dan The End of History And The Last Man (Penamat Sejarah Dan Manusia Terakhir) oleh Francis Fukuyama? Jawapannya: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Ia juga telah menerbitkan buku mengenai pelbagai perjanjian dan dokumen lama Malaysia dari zaman Kesultanan Melayu hingga Pemasyhuran Malaysia dan Pemisahan Singapura (1791-1965).
Lalu dari Perjanjian Pulau Pangkor 1874 dicatat ayat pertama berbunyi: “Bahawasanya keadaan huru-hara sedang berlaku dalam Kerajaan Perak disebabkan oleh ketiadaan pemerintah yang tetap di negeri itu dan tidak wujud kuasa yang berkesan untuk melindungi rakyat dan untuk menjamin hasil usaha mereka.
Bahawasanya sesetengah pembesar kerajaan Perak telah menyatakan ketidakmampuan mereka mengawal kacau-bilau yang melanda sekarang ini dan bersama-sama dengan mereka yang berkepentingan dalam perusahaan negeri ini telah memohon bantuan”.
Ayat akhir pula berbunyi: “Perjanjian ini dibuat dan diikat di Pulau Pangkor dalam Tanah Jajahan British pada dua puluh hari bulan Januari tahun Masihi satu ribu lapan ratus tujuh puluh empat, disempurnakan di hadapan saya, Andrew Clarke, Gabenor,”.
Maka diulangi bagi para pembaca dewasa ini - para pelajar dan guru, sejarawan dan golongan intelektual, para petugas kerajaan dan swasta dan gembong-gembong politik - masa lampau adalah prolog.
Antara lain-lain perjanjian dan dokumen lama yang dihimpun bagi kali pertama ialah Perjanjian Sir Stamford Raffles 1819, Perjanjian Belanda 1824, Perisytiharan Panglima Tentera Jepun 1942 (setelah menewaskan angkatan tentera British), Ordinan Peraturan Darurat 1948, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 serta Pemasyhuran Malaysia 1963.
Lain-lain cabaran dihadapi oleh negara masyarakat majmuk, termasuk pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Acap kali dibicarakan kini ialah pelajaran Sains dan Matematik. Nyaring bersuara ialah yang mahu pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.
Terbitan terbaru majalah ITNM memuatkan kata-kata Seulas Pinang dari Mohd Khair Ngadirun, Pengarah Urusan, berjudul, Ilmu Dan Misi Mencerdikkan Akal Budi Bahasa:
“Hakikatnya, dunia kami di ITNM segala-galanya berteraskan ilmu. Kami mencarinya dan bertanggungjawab menyampaikannya kepada masyarakat.
“Bersama-sama seluruh pasukan dalam organisasi ini, kami berjuang membangunkan industri terjemahan - dengan kesedaran serta penuh mengerti bahawa tiada cara lain untuk membangunkan bidang ini melainkan dengan meningkatkan produktiviti.
Intelektual
“Kami berpegang kepada kepercayaan bahawa setiap halaman yang diterjemah dan diterbitkan mempunyai pengaruh ke atas semua aspek intelektual, kerohanian dan kehidupan sosial khalayak pembaca”.
Dalam satu temu ramah pula Encik Khair menegaskan: “Kami juga berharap supaya usaha ini dapat menangkis tanggapan pesimis sesetengah pihak terhadap bahasa Melayu - yang dianggap tidak berkeupayaan dalam terma subjek Sains dan Matematik”.
Katalog buku terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk sekolah rendah dan sekolah menengah serta lain-lain jurusan meliputi segala aspek sains, arkeologi, angkasa lepas, sistem suria, bintang dan planet, alam semulajadi, dunia ledakan gunung berapi, tenaga elektrik, hukum gerakan (oleh Isaac Newton), teknologi perubatan, kanser, sains forensik, sempadan ilmu pembedahan dan yang berjudul, 1,000 Perkara Kamu Patut Tahu Tentang Sains.
Semestinya disebut ialah terjemahan dari bahasa-bahasa Perancis, Sepanyol, Korea, Belanda, Rusia, Mandarin dan Jerman.
Dan jawapan Najib dalam bahasa Inggeris, Cina, Tamil dan Melayu.
Tan Sri Mazlan Nordin ialah Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sumber : http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=627
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
KP(BSPSH-SPDK)201/005/01( )
14 Januari 2010
Semua Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri,
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010:
PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
2. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
3. Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
4. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar PPSMI ke MBMMBI mulai tahun 2010 adalah seperti berikut:
Sila rujuk kepada Lampiran 1 dan Lampiran 2 bagi jadual peralihan dasar PPSMI ke dasar MBMMBI. 5. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam Bahasa Inggeris. 6. Penyediaan soalan-soalan peperiksaan awam bagi kelompok mata pelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar adalah seperti yang berikut:
7. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia |
TAWARAN KEMASUKAN PUTERA BARU KE
MAKTAB TENTERA DIRAJA BAGI TINGKATAN 4
Tawaran kemasukan ini akan dibuka khas
untuk para pelajar Tingkatan 3 pada tahun 2011.
Tawaran ini akan dibuka bermula
Ogos sehingga 30 September 2011.
Permohonan yang lewat dihantar tidak akan diproses.
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini
sila hubungi
03-90867471 / 90867470.
BORANG KEMASUKAN KE MTD KLIK DISINI
(Sila gunakan Internet Explorer 7
ke atas untuk mendapatkan borang ini)
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa permohonan secara online kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2012 akan dibuka pada 1 September sehingga 15 Oktober 2011.
isi borang permohonan dengan klik link dibawah :
Jika setelah merujuk kepada pautan di atas dan masih mempunyai pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian telefon 03-83217400 atau faks 03-83217403.
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan kemasukan ke MRSM sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19 & 20, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur atau telefon 03-26134509/ 03-26134513 atau faks 03-26911658.
Pakej Mata Pelajaran SBP:
Matapelajaran yang ditawarkan dalam pakej
Aliran Sains Tulen: BM, BI, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Elektif.
Sains Teknikal: BM, BI, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Fizik dan Kimia.
Sains Sosial: BM, BI, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif
Sains Tulen Agama: BM, BI, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al Quran dan Sunnah, Pengajian Syariah
Aliran Agama Ikhtisas: BM, BI, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Pendidikan Al Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.
Permohonan SBP Tingkatan 4 2012:
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan untuk ke sekolah berasrama penuh
Tingkatan 4 2012 ditutup pada
15 Oktober 2011
Maklumat lanjut:
Sila layari portal permohonan online untuk keterangan lanjut
Semak senarai SBP Tingkatan 4 2012
Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my
Permohonan kemasukan ke sekolah menengah teknik dan sekolah vokasional 2012 sudah dibuka mulai 5 september 2011.permohonan kemasukan ke sekolah teknik dan vokasional boleh dibuat secara online melalui maklumat dibawah.sila teliti setiap maklumat yang diberi dan pihak kami menyediakan link-link berkaitan yang membawa terus anda ke laman permohonan kemasukan ke sekolah menegah teknik, sekolah vokasional dan kolej vokasional untuk sesi 2012.
cara membuat permohonan kemasukan ke sm teknik, s vokasional dan kolej vokasional 2012
selepas anda selesai mengisi maklumat permohonan.anda haruslah mengemaskini permohonan anda selepas keputusan PMR dikeluarkan nanti.
[klik disini untuk kemaskini permohonan]
segala maklumat berkaitan permohonan ini atau maklumat terkini berkaitan sekolah vokasional, sekolah menengah teknik, kolej vokasional
[klik disini untuk mengikuti perkembangan dan maklumat terkini]
bahagian teknik dan vokasional juga menyediakan pelbagai kursus yang boleh dipilih mengikut minat dan kebolehan pemohon.untuk mendapatkan maklumat kursus yang disediakan di sekolah menengah teknik dan vokasional boleh teliti link dibawah.
[klik disini untuk mendapatkan senarai kursus yang disediakan]
JOHOR BAHRU 24 Sept. - Menggunakan peluang semaksimum mungkin sepanjang empat tahun menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), membuahkan hasil buat Azad Anugerah Ali Rasol apabila dikurniakan Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen UTM Ke-47 di sini hari ini.
Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum itu yang merupakan anak kepada seorang buruh ladang di Bekok, Segamat, menerima anugerah tersebut daripada Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
"Saya cukup gembira dengan kejayaan ini kerana segala usaha yang dilakukan selama ini membuahkan hasil yang membanggakan. Kejayaan ini bukan sekadar daripada semangat percaya dengan kemampuan diri, tetapi ia juga hasil daripada memberi tumpuan semasa kuliah, mengulang kaji dan aktif dalam persatuan.
"Selain itu saya datang daripada keluarga susah, ibu bapa banyak bergolok-bergadai untuk membesar dan menyekolahkan saya dan adik-beradik lain. Apa yang saya capai hari ini sebenarnya 'anugerah dan hadiah' untuk mereka dan secara kebetulan mereka menamakan nama saya 'Anugerah'," katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut.
Jelas Azad Anugerah, kejayaan yang diperoleh juga adalah hasil sokongan dan dorongan isterinya Siti Aminah Setu, 24, yang kini sedang menuntut Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kimia di Universiti Oxford, United Kingdom.
Pada konvokesyen hari ini, lebih 74 mahasiswa lepasan ijazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada pelbagai fakulti menerima sijil dan pingat selaku Penerima Anugerah Pelajar Terbaik Lepasan Ijazah.
Sementara itu, graduan PhD Sains Komputer Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Sultan Noman Qasem, 31, dari Yemen berkata, kejayaan tersebut merupakan sesuatu yang sering diidamkan.
Penerima terbaik PhD Kejuruteraan Elektrik Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Rasyidah Mohamad Idris, 35, pula menyifatkan anugerah tersebut bakal menjadi pendorong kepadanya berusaha lebih gigih.
Bagi penerima terbaik Sarjana Sains Matematik dari Fakulti Sains, Mohd. Ariff Admon, 24, disiplin yang baik merupakan antara penyumbang terbesar kejayaannya itu.
KAMPAR 24 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2012 yang akan dibentangkan 7 Oktober ini mesti memberi keyakinan dalam merangsangkan kegiatan ekonomi dalaman dan mampu membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Menurut Perdana Menteri, dalam persekitaran ekonomi global yang lemah dan tidak menentu, negara perlu bersandar kepada permintaan dalaman.
''Jadi Bajet 2012 mesti merangsang pelaburan, mesti membawa kepada keyakinan pengguna untuk terus berbelanja secara berhemah supaya ekonomi dalaman terus berpaksi pada permintaan yang kukuh sama ada dari segi pelaburan atau permintaan," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang sempena program turun padang ke negeri ini di sini hari ini.
Najib berkata, selain itu, Bajet 2012 juga akan melihat pendekatan bagi membantu dan melindungi rakyat daripada kesan-kesan negatif kelembapan ekonomi walaupun penurunan itu bersifat global.
''Kita menyedari ancaman itu dan dalam soal kebajikan rakyat, perlu dicari pendekatan yang sewajarnya," kata beliau.
Ditanya sama ada Bajet 2012 akan menyentuh mengenai bonus kakitangan awam, Najib berkata, apa-apa maklumat yang akan diumumkan dalam bajet tidak akan dibocorkan.
''Prinsip kita, kalau mampu, kita buat. Kalau kita tidak mampu, kita tidak buat," katanya.