Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, May 26, 2011

Kanak-kanak juga boleh stress.






Tidak kenal mangsa

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my


GERAM... kanak-kanak juga boleh stres.
GERAM... kanak-kanak juga boleh stres.


SUDAHLAH kelam-kabut ke tempat kerja kerana terlambat bangun tidur, di perjalanan pula berlaku kemalangan yang menyebabkan kesesakan teruk.

Dalam hati sentiasa berdoa supaya lalu lintas segera pulih bagi membolehkan diri cepat sampai ke pejabat. Namun masa semakin menginjak sedangkan kereta masih tidak bergerak dan ada kala merangkak-rangkak. Aduh, kacau dibuatnya.


Keadaan begini pastinya membuatkan seseorang stres dan membayangkan alangkah baiknya jika kenderaan yang anda pandu boleh terbang bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Ahli psikologi klinikal Gleneagles Kuala Lumpur, Maureen Lim, berkata stres atau tekanan ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang melebihi had atau kapasiti kemampuan seseorang. Pelbagai punca menyebabkan stres dan ia berbeza bagi setiap individu atau masa.


Walaupun stres sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif, kadangkala ia boleh memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri atau berusaha mencapai yang terbaik.


Kebanyakan individu mengalami tahap stres sederhana yang memerlukan mereka mendapat motivasi tinggi untuk mengekalkan tugas atau menjalani kehidupan seharian.

“Tiada seorang pun terlepas daripada stres. Kanak-kanak berdepan stres apabila perlu membuat persiapan menghadapi peperiksaan, tuisyen mahupun hubungan dengan rakan sebaya.


“Pelajar kolej stres dengan peperiksaan dan masalah kewangan manakala golongan dewasa stres memikirkan mengenai anak, adik-beradik, ipar, kewangan dan kesihatan,” katanya pada Bengkel Tekanan Hidup anjuran Gleneagles Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kadangkala seseorang bertanya, “Awak okay?” Jawapan yang kita berikan biasanya ialah “okay“ walaupun ada masanya tekanan dihadapi tidak mampu dibendung hingga menyesakkan dada.


Bagaimana keadaan setiap individu apabila berdepan stres? Adakah dia mampu mengurangkan tekanan atau menjadi semakin tertekan?

Antara punca stres ialah tekanan kerja iaitu waktu kerja lebih panjang mahupun timbunan kerja. Masalah hubungan dengan orang di sekeliling sama ada keluarga, jiran, rakan mahupun masyarakat serta persekitaran tempat tinggal yang kurang selesa.


“Anda mungkin tertekan kerana perlu mengejar masa, kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur, terutama ketika hujan lebat, mahupun isu kekeluargaan iaitu berdepan kerenah anak yang kerap berkelahi atau menyepahkan barang.


“Bagi wanita, masalah bentuk badan kadangkala membuatkan anda stres. Apabila pakaian mula ketat hingga membuatkan anda susah hendak bernafas atau menyukarkan pergerakan, itu tanda amaran anda perlu berbuat sesuatu untuk menurunkan berat badan.


“Perubahan ketara bentuk tubuh menimbulkan rasa kurang selesa hingga membuatkan anda berusaha keras mendapatkan bentuk diinginkan,” katanya.


Stres yang positif biasanya dalam bentuk jangka pendek, dapat memotivasikan diri, gembira, meningkatkan produktiviti, meningkatkan pencapaian, selesa, bermanfaat, penting untuk ketahanan fizikal dan mental dan ketajaman minda.


Kesan negatif daripada stres ialah boleh membahayakan, terutama jika melaluinya bagi tempoh yang lama, terpaksa menggunakan tenaga simpanan, menyebabkan tekanan emosi, mengganggu sistem badan dan boleh mengubah cara seseorang itu berfikir.


Menurutnya, wujud dua personaliti individu yang dilanda stres. Individu jenis A ialah yang bercakap laju, tekun bekerja, sangat kompetitif, bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kerja terbaik, menghargai masa, sukar untuk beristirahat, mudah marah dan gangguan.


Individu jenis B pula menangani masalah dengan sabar, kurang bersaing dengan orang lain, terlalu memikirkan masalah, kurang tumpuan terhadap had masa, tidak merasa bersalah jika ingin beristirahat, bekerja dengan pantas dan tidak mudah marah.




Bila kita berasa stres?




  • Dalam bahaya
  • Cuba melakukan banyak perkara dalam satu masa
  • lPengurusan masa yang teruk atau menetapkan anggaran masa yang tidak munasabah
  • Melengah-lengahkan urusan yang tidak menyenangkan
  • Melakukan semua seorang diri
  • Tidak sanggup berkata tidak
  • Membuat keputusan tergesa-gesa mengikut gerak hati




Perkara biasa terjadi yang mungkin menyebabkan stres:




  • Seseorang memungkiri janji
  • Masalah dengan komputer
  • Tidak siap kerja
  • Tidak boleh tidur
  • Menggunting rambut tetapi dapat gaya tidak diingini
  • Ingin mengadakan persembahan
  • Memohon kerja
  • Tiada masa untuk makan
  • Kematian (ahli keluarga, kawan atau haiwan peliharaan)
  • Pertengkaran, konflik dengan rakan
  • Jadual yang tidak menentu
  • Kehilangan sesuatu, misalnya beg duit atau telefon bimbit
  • Prestasi kerja/tugas yang buruk
  • Tergesa-gesa kerana kesuntukan masa menghadiri temu janji
  • Rasa dipinggirkan
  • Mengalami kecurian harta benda
  • Menghadiri kelas yang membosankan
  • Buku kira-kira yang tidak seimbang
  • Putus cinta
  • Kereta/motosikal rosak atau tayar pancit
  • Kesukaran mencari parkir
  • Lambat datang haid dan tertunggu kedatangannya
  • Terperangkap dalam kesesakan jalan raya




Biasanya stres dikaitkan dengan fenomena melampau, misalnya:





  • Terlalu banyak perubahan
  • Pengharapan yang terlalu tinggi
  • Terlalu banyak maklumat



Antara punca menyebabkan stres:


  • Perlu membentangkan kertas kerja atau projek — biasanya dihadapi oleh bos
  • Kerja — tekanan kerja, bekerja dalam waktu yang panjang atau beban kerja
  • Masa — mengejar masa
  • Persekitaran — kadangkala kualiti hidup baik, ada masanya tidak, masalah yang ditimbulkan jiran
  • Kesesakan lalu lintas — misalnya di Kuala Lumpur, kesesakan perkara biasa dan bertambah buruk jika hujan lebat
  • Masalah keluarga — menangani kerenah anak dan isu keibubapaan
  • Bentuk badan — terutama wanita, jiwa tertekan apabila tidak mendapat bentuk badan yang diinginkan
  • Isu kewangan



Tanda stres



  • Fizikal — gangguan tidur, pening, migrain, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, sakit otot, ulser, cirit-birit, hipertensi, perut kurang selesa, mulut kering dan telapak tangan berpeluh
  • Emosi — kelesuan, sedih, gelisah, tegang, rasa tidak layak, marah, suka bertengkar, mengelak berdepan masalah, menafikan ada masalah


Kenapa saya stres?


  • Faktor diri — masalah kesihatan, perhubungan, emosi, perubahan gaya hidup dan konflik
  • Faktor sosial — persekitaran, pekerjaan, taraf ekonomi
  • Faktor trauma — berlaku situasi tidak diingini
  • Faktor fikiran — risau dan takut sesuatu yang tidak pasti atau tidak diketahui.


Situasi seperti gambar di atas pun

kadang-kadang boleh buat orang stress :)

ha ha ha ha ha ha ha ha ha























Teruskan membaca..

Stand up for the champions












Teruskan membaca..

Wednesday, May 25, 2011

Masa engkau suka aku pun suka







Masa bercinta

engkau suka, aku pun suka

ke mana pergi pun tak apa

yang penting jalan berdua

naik bas pun

tak pa

jalan tengah panas

pun tak pa

sampai melecet ketiak

jadinya

semuanya suka

tiada duka





Masa engkau suka

aku pun suka

tapai yang engkau suka,

aku pun suka

walaupun sebenarnya

tak berapa suka

petai yang engkau suka,

aku pun telan juga

walaupun nak terjegil biji mata

kita sama-sama ketawa





Masa engkau suka

aku pun suka

Tempe yang aku makan,

jadi kegemaran kau juga

walaupun kau tak pernah makan sebelumnya





Masa engkau suka

aku pun suka

pakai apa pun tak pa

baju merah tudung biru pun

tak apa

tudung kau senget

aku kata tak pa

gigi kena lipstik,

aku tak kisah juga

engkau tetap cantik jelita




Masa engkau suka

aku pun suka

aku pakai apa pun

tak apa,

lupa pakai tali pinggang pun

tak apa,

T-shirt koyak kat ketiak pun

tak apa,

Lupa cukur misai pun

tak apa,

Kau kata

aku tetap handsome

seadanya.




Baru kahwin,

kau sangat suka,

aku lagilah suka

macam dunia ini

kita yang punya

dua minggu,

kita terperap dalam bilik aje

sampai makan pun

selalu terlupa





Kau sangat suka,

aku lagilah suka

tiga empat papan petai sehari

aku tak pernah lupa





Kau sangat suka,

aku lagilah suka

hari-hari tiga empat pinggan tempe

kau goreng

untuk aku saja





Bila anak dua


lain pulak cerita,



Kau suka

aku tak suka,

aku suka

engkau tak suka

sebab petai yang engkau suka

aku sangat tak suka

mana taknya,

bilik air bau hancing jadinya

mungkin salah aku juga

manjakan engkau sangat

dengan petai aje





Kau suka,

aku tak suka,

aku suka,

engkau tak suka,

sebab hari-hari

aku nak tempe aje

sampai kau jemu

menggoreng jadinya

mulalah komplen

aku anak jawa

sendawa pun

bau tempe aje,

tapi salah kau juga

kau tak pandai

nak masak yang lainnya.




Panjang betul

puisi suka tak suka ni

sampai sekarang

aku tertanya-tanya

korang ni

suka ke tak suka?….........





Teruskan membaca..

Tuesday, May 24, 2011

What is your SUCCESS story?





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDg7fOWhE0d2tt6lWU_XjeUkP-Fqo_mhlQt29khO6Gfdf34yw-GZzjWKV3ENq0sxohyTpdCp53JdMakObABdvK0QOfG59NrjFJ_CHeos9OHB-Nkt9Smim0xTZKlyaCXnjer84h49ahyWc/s1600/attitude_power.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDPyyWqARbB-2VsJygEG9utUcHIwfltTkW6Kuhpp3oh4eak8my9ArwaSYywXygy9vHTh-GIYQArXI7GxQoB1DSL_tzfRU4DsRg7Grjco90Zb9KbghY5Trhyphenhyphen7VNLpWzi5hKtYQ8NlvvE1w/s1600/sukses-gagal-2.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjWu2Io6VsCLVT2SGRM0dS0Z08zOulRUOtEV2N0KA-5g3Cas2wEcFL94PMvuxAAN9s7-sto0Po-BepmsXL0Vd3Lz9DIL_gBXsAn0pjgxZOE6OBbenQj-3yuIGCw8KBOPMXAreHZi18xN0/s1600/attitude1.jpg





Hadiah Terbaik

Kepada kawan – Kesetiaan


Kepada musuh – Kemaafan


Kepada ketua – Khidmat


Kepada yang muda – Contoh terbaik


Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.


Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan


Kepada manusia – Kebebasan





















Teruskan membaca..

Ilmu dan Kebodohan - Sayyidina Ali K.W




Ilmu dan Kebodohan - Sayyidina Ali K.W


Orang yang bodoh adalah

yang menganggap dirinya tahu

tentang makrifat ilmu

yang sebenarnya

tidak diketahuinya,

dan dia merasa cukup

dengan pendapatnya saja.




Imam `Ali a.s

menjawab pertanyaan

seorang yang bertanya

kepadanya tentang kesulitan,

dia berkata,




“Bertanyalah engkau

untuk dapat memahami,

dan janganlah engkau bertanya

dengan keras kepala.

Sebab, sesungguhnya

orang bodoh yang terpelajar

serupa dengan orang alim,

dan orang alim yang sewenang-wenang

serupa dengan orang bodoh

yang keras kepala.”











Teruskan membaca..

Monday, May 23, 2011

Why We Need To Teach Technology in School



















Teruskan membaca..

25 Rasul











Teruskan membaca..

Jangan Tiru Aksi Ini :)








Ha ha ha ha ha ha ha ha .......


lawak tak pakai otak











Teruskan membaca..

Luka Hati Seorang Guru Sempena Hari Guru 2011






Kegembiraan bertukar sedih

cikgu dicaci,

dihina sempena



Hari Guru


2011/05/23



KEGEMBIRAAN menyambut Hari Guru pada 16 Mei lalu dan mendapat khabar gembira anak didik mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berubah menjadi luka apabila membaca ruangan SMS dan surat di akhbar ini yang mengeluarkan kata-kata menyakitkan golongan guru.



Sedih kerana selepas 40 tahun Hari Guru diadakan, kata-kata seperti guru banyak cuti, guru tak ikhlas, guru dera murid, tak malu dan suka meminta-minta dan pelbagai tuduhan lain benar-benar menyinggung perasaan guru selepas menerima ‘khabar gembira’ yang tidak menggembirakan daripada kerajaan pada hari guru.




Kami tidak minta apa-apa tetapi sejak beberapa hari sebelum Hari Guru sudah dicanangkan kami akan menerima berita gembira, dengan kata lain kami diberi harapan oleh Menteri Pelajaran sendiri.



Tetapi apabila tiba masa kami semua gigit jari sebab di sekolah saya yang ada 100 guru, tiada siapa dapat ‘durian’ itu. Itu yang menyebabkan warga guru kecewa ibarat petir berdentum-dentam tapi setitik air pun tak turun.




GURU DG44 IKHLAS,
Kuala Lumpur.


Berita Harian Online






Teruskan membaca..

Sebelum kejadian tanah runtuh di Hulu Langat.




Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW bersabda,

"Barangsiapa yang membaca Al-Quran,

kemudian dia menghafazkan,

dia akan dimasukan ke dalam syurga,

bahkan memberi syafaat akan dia

kepada 10 orang ahli keluarganya,

yang mana mereka itu telah

ditetapkan sebelumnya

sebagai ahli neraka"



Merenung ke dalam matanya
Bening tiada berdosa
Wajah-wajahnya suci
Beriring sepi,
sesepi ibu dan ayah yang telah dulu pergi

Janji-Nya yang pasti telah datang
Mendahului harapan nan subur
Berkubur bersama sebuah tragedi

Wajah-wajah suci itu
Menusuk hati menusuk kalbu
Siapa memandang tumpahlah si air mata

Hakikatnya bagi mereka
Begitu damai dalam pergi
Sepi beriring lagi...

Tribute untuk mangsa tragedi tanah runtuh Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat... al-Fatihah

Nukilan :
Sanggasari
Putrajaya
23 Mei 2011



Teruskan membaca..

Sunday, May 22, 2011

Sukan tak masuk akal





Sukan tak masuk akal






Perang Kadbod.


SUKAN sememangnya antara perkara yang tidak boleh dipisahkan dalam hidup manusia. Pastinya setiap seorang dari kita mempunyai sukan kegemaran mereka masing-masing.

Malah dalam kebanyakan hal sukan bukan lagi sekadar satu permainan atau hobi semata-mata malah ia sudah menjadi entiti perniagaan yang mampu memberi keuntungan sangat lumayan.

Ia juga mampu memberi pendapatan berlipat kali ganda serta kemewahan yang adakalanya di luar batasan kepada mereka yang terlibat dari pemain sehingga pengurus dan pastinya pemilik yang memperoleh pendapatan paling lumayan.

Lihat sahaja bagaimana ahli sukan seperti pemain golf terkenal Tiger Woods, mampu memperoleh pendapatan beratus juta ringgit setahun melalui hadiah kemenangan dan penajaan.

Itu belum lagi kita melihat bagaimana kelab bolasepak seperti Real Madrid, Manchester United, Bayern Munich dan pelbagai lagi berupaya membayar gaji pemain mereka yang bernilai ratusan ribu ringgit secara mingguan.

Begitu juga sukan terkenal di Amerika Syarikat (AS) seperti bola keranjang dan besbal yang mana kelabnya sahaja bernilai berbilion ringgit.

Begitulah pengaruh sukan dalam hidup manusia kerana semakin ramai peminat dan penyokong fanatik, semakin untunglah kelab berkenaan.

Namun terdapat juga sukan-sukan yang pelik yang adakalanya dilihat agak tidak masuk akal. Melihat kepada sukan-sukan ini dimainkan memang agak melucukan malah ada yang mengerikan dan sadis kerana jika tersilap langkah ia mampu mengorbankan nyawa.

Berikut adalah antara 10 sukan pelik yang dimainkan oleh manusia dari segenap ceruk dunia. Ia disiarkan hanya sebagai bahan berita menarik untuk tatapan pembaca dan pastinya bukan untuk ditiru mahupun dimainkan secara langsung kerana ada di antaranya mampu memberi musibah yang sukar dibayangkan.

1. Melempar orang kerdil


Sukan ini memang agak melampau malah mungkin tidak boleh dikategorikan sebagai sukan pun kerana ia dilihat seolah-olah menghina golongan kerdil sebagai satu objek lawak. Berasal dari Australia sekitar tahun 1980-an, sesiapa saja termasuk perempuan boleh menyertai acara ini namun mereka perlu mempunyai fizikal "gagah" seperti lelaki.

Acara ini dimainkan lengkap dengan peralatan kesihatan seperti topi keledar dan pemenang dipilih berdasarkan lontaran paling jauh. Lebih teruk lagi mereka yang bakal melemparkan orang kerdil ini digalakkan untuk meminum minuman keras, mungkin untuk menghilangkan rasa bersalah kerana bertindak kejam terhadap golongan kerdil.

Dikatakan sukan ini dimainkan oleh golongan kulit putih yang bosan dengan kehidupan harian sebagai petani yang sering memandu traktor dan berlangsung secara tertutup di dalam pub. Namun acara ini dikatakan diharamkan kerana ia dilihat menjatuhkan maruah serta menghina golongan kerdil.

2. Catur tinju


Sukan ini bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tetapi otak yang bijak pada masa yang sama. Ia bermula pada 1992 oleh seorang kartunis Belanda, Enki Bilal dan kini semakin popular terutama di Britain, Siberia dan beberapa negara Eropah lain.

Ia memerlukan dua orang yang sangat berkeupayaan dalam sukan tinju dan juga mempunyai kemahiran bermain catur kelas A. Sukan ini dimainkan secara bergilir-gilir dimana pada pusingan pertama peserta dikehendaki bermain catur selama empat minit sebelum bertinju selama dua minit.

Peserta dikehendaki bertinju dan bermain catur secara bergilir-gilir sehingga mereka menghabiskan maksimum 11 pusingan. Peserta diberi masa selama 14 minit untuk menghabiskan sukan berkenaan.

Pemenang dipilih berdasarkan keputusan knock out atau pun checkmate yang mana dihabiskan dahulu dalam tempoh masa yang diberikan.

3. Sukan mendukung isteri


Sukan ini yang pertama kali diperkenalkan di Finland memerlukan si suami mendukung isterinya secara terbalik dan terpaksa melalui pelbagai halangan sukar.

Pemenang dipilih berdasarkan pasangan mana yang sampai di garisan penama t dahulu. Menarik untuk di sebut disini, sukan ini memerlukan kasih sayang yang kuat sesama pasangan kerana jika tersilap langkah bukan saja boleh menjejaskan hubungan malah mungkin membawa maut!

4. Gulingan keju Cooper's Hill


Sukan ini memang mengerikan kerana kemungkinan untuk patah tulang dan cedera parah adalah sangat tinggi. Sukan ini merupakan acara tahunan di Bukit Coper dalam daerah Gloucester, England.

Dikatakan sukan ini telah dilangsungkan sejak lebih 200 tahun lalu. Ia bermula apabila sebuah kotak mengandungi keju dilepaskan menuruni bukit curam dan orang ramai akan mengejarnya, siapa yang sampai dahulu akan diisytihar sebagai pemenang.

Walaupun pihak berkuasa telah melarang sukan ini berlangsung kerana melibatkan terlalu banyak kecederaan namun para peserta yang datang dari seluruh dunia tetap berdegil. Namun akhirnya kebanyakan mereka hanya pulang dengan kecederaan teruk.

5. Hoki air


Sukar untuk membayangkan bagaimana sukan ini dimainkan di bahagian dasar kolam air. Seperti mana hoki namun ia dimainkan lengkap dengan peralatan menyelam dan perlu mengejar dan merebut bola berbentuk leper.

Jaringan dikira apabila bola berkenaan menyentuh dinding pasukan lawan yang dimainkan dengan enam orang dalam satu pasukan. Bayangkan pasti jenuh pemain tersebut untuk menggerakkan bola di dalam air apatah lagi untuk menjaringkan gol.

6. Melempar telefon bimbit


Sukan ini diktiraf sebagai sukan antarabangsa di Finland dan bermula sejak tahun 2000. Sukan ini berkembang dengan pantas dan mula mendapat perhatian di negara-negara Eropah dan AS.

Juara dikira melalui balingan paling jauh serta kreativiti balingan. Setakat ini rekod balingan paling jauh dicatat oleh oleh Chris Hughff dengan jarak 95.83 meter pada Ogos 2007.

7. Manusia lawan kuda


Sukan ini memang mencabar keupayaan, manakan tidak memandangkan pesaingnya adalah kuda yang sangat berkebolehan berlari lebih laju berbanding manusia.

Berlangsung di bandar Llanwrtyd Wells di Wales, ia diadakan setiap tahun sebagai menguji ketahanan manusia dibandingkan dengan kuda dengan melalui pelbagai halangan dan kesukaran.

Ia dilaporkan bermula pada 1980 apabila seorang tuan tanah memilih untuk mengadakan sukan ini sebagai jalan penyelesaian setelah terbabit dalam pertikaian sama ada manusia mampu untuk menewaskan kuda dalam acara merentas desa.

8. Buzkashi


Sukan ini dimainkan seperti bola sepak tetapi pasukan perlu dilengkapi kuda seperti sukan polo. Namun peliknya berbanding sebuah bola yang menjadi rebutan dalam bolasepak, sukan ini begitu pelik kerana yang direbutkan adalah bangkai anak lembu.

Bangkai anak lembu ini akan direbut dan kemudian dilontar masuk ke dalam gawang gol yang turut dijaga oleh seorang penjaga gol. Pasukan mana yang menjaringkan "gol" paling banyak akan diumumkan sebagai pemenang.

Sukan ini banyak dimainkan di Afghanistan namun sedihnya bangkai anak lembu itu pula dijadikan barang permainan serta dibaling ke sana sini seperti bola. Peliknya dunia!



Utusan Malaysia Online




Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...