Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, March 18, 2010

Hikmah di sebalik gagal






Most people are about as happy as they make up their minds to be. ---Abraham Lincoln



Kegagalan Pada Hari Ini........... Bukan Bererti Gagal Untuk

Selamanya.

Esok Masih Ada Andai Keazaman Dilipatgandakan



TIDAK dapat dinafikan, kegagalan adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil daripadanya boleh menyebabkan seseorang sangat terganggu fizikal, mental, malah juga spiritual.

Daripada sudut mental, selain menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, ada kalanya ramai juga akan mengutuk diri sendiri atas kegagalan yang menimpa.


Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa kepada putus asa.


Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang, diri akan terus menjauhi masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya.


Daripada sudut fizikal, bagi segelintir individu, selera menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Manakala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negatif kepada kesihatan fizikalnya.


Akhirnya, tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot. Kesudahannya, kedua-duanya rebah dan sukar bangkit kembali.


Daripada sudut spiritual pula, kegagalan boleh mendatangkan dosa. Ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada’ dan qadar Allah SWT. Imannya tergoncang.


Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah SWT ketika menghadapi sesuatu kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh daripada sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal, sukar dirawati.


Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi sebab seseorang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kembali kepada jalan lurus selepas bengkok lalu dia kembali bangkit dengan azam, rancangan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.


KEGAGALAN DAN SAYA Saya pernah gagal dalam banyak perkara, namun syukur kerana ia tanda kita perlu membuat perubahan yang besar bagi memperbetulkannya.


Tanpa usaha itu, kegagalan akan terus bernanah dan membunuh. Biasanya, satu perubahan itu sangat perit dan berat lagi kurang selesa.


Walau sukar dan berat, ia satu kemestian. Hasilnya, apabila tepat cara pengendalian kegagalan dan perubahan yang diperlukan, ia akan membuahkan hasil lebih baik.


Tatkala itu baru kita sedari, rupa-rupanya kegagalan itu adalah satu titik kepada penyambungan titik lain dalam kehidupan kita.


Ia seperti satu simpang yang menjauhkan kita daripada kesesatan atau melorongkan kita kepada satu laluan yang lebih baik untuk masa depan.


Saya teringat betapa kecewanya saya apabila tidak berjaya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda di Timur Tengah.


Sekarang saya sedar dan tahu betapa besar hikmah untuk saya belajar di Universiti Malaya (UM), segala pengalaman yang diperoleh itu banyak mencorak kehidupan saya selepas itu.

Akhirnya, selepas tiga tahun menamatkan pengajian di UM, saya berjaya ke Jordan, bukan untuk peringkat Sarjana Muda tetapi Sarjana.


Banyak perkara dan jenis kegagalan dan saya kini sedar hikmah dan kebaikan daripadanya, namun ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.


Apapun, semua jenis kegagalan yang menimpa memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah SWT sudah mengingatkan: “Sesungguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan.” Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini kegagalan itu adalah satu proses yang perlu ditangani secara positif.


Ia ibarat satu konflik yang mendesak minda dan akal kita untuk lebih agresif dan kreatif bagi mencari jalan keluar.


Tanpa disedari, rupa-rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.


UCAPAN STEVE JOBS YANG HEBAT Ketika saya menulis ini, saya sangat kagum dengan tips dan nasihat Steve Jobs, Pegawai Eksekutif syarikat ternama dunia, Apple dan Pixar. Pengasas iPhone, iPod juga iPad.


Jobs menceritakan bagaimana beliau gagal di universiti yang akhirnya membuahkan idea penciptaan perisian dan komputer Macintosh, satu revolusi dalam dunia komputer, malah ia adalah idea yang kemudian ditiru oleh Bill Gates, pengasas Microsoft, dengan sedikit perubahan.


Beliau menceritakan bagaimana pada umur 30 tahun, akibat kebuntuan syarikat yang diasaskannya iaitu Apple, lembaga pengarah syarikat menolaknya keluar dari syarikat berkenaan.


Hasil kegagalan itu, lahirlah revolusi kartun moden menggunakan animasi komputer. Lahirlah animasi ‘Toy Story’ yang sungguh popular.


Jika tidak kerana kegagalan pertama, revolusi animasi seperti Toy Story mungkin belum pasti bila akan wujud.


Selain itu, pelbagai nasihat lain diberi oleh Jobs dalam ucapannya, termasuk memastikan kita sudah menjumpai kerja dan bidang yang kita cinta juga minat.


Tanpa minat dan kecintaan kepada tugasan kita, setiap kerja akan menjadi beban. Namun bagi Muslim, minat itu mestilah dipastikan TIDAK BERLANGGAR dengan hukum Islam. Apabila haram, ia wajib diubah kepada yang halal.


Ucapan beliau semakin menarik apabila mendedahkan bagaimana perasaan ‘berasa akan mati’ memotivasikan diri untuk membuat keputusan tepat dalam kehidupan.


Jobs berkata: “Mengingati yang saya akan mati tidak lama lagi adalah alat utama yang saya tidak pernah temui untuk membantu saya membuat keputusan penting dalam kehidupan.


“Ini kerana, hampir keseluruhan kepelbagaian perasaan luaran akan hilang di ambang kematian, yang tinggal hanya perkara paling penting.


“Mengingati anda akan mati adalah cara yang saya tahu paling baik untuk mengelak diri anda terperangkap dalam pemikiran anda akan kehilangan sesuatu,” katanya.


Dalam Islam, kematian memang sudah lama dijadikan prinsip oleh Rasulullah SAW untuk diterapkan kepada umatnya supaya berusaha berfikir sesuatu yang lebih penting dan meninggalkan yang tidak penting serta kurang penting.


Bagi umat Islam, yang paling penting adalah apa yang akan kita bawa selepas mati. Justeru, fikirkan dan berubahlah. Jangan menganggap kegagalan itu sesuatu yang terlalu besar, jadikan ia kunci untuk kejayaan seterusnya.


Benar, apa saja kegagalan boleh diatasi kesan buruknya sehingga dilihat kerdil dan kecil serta boleh diatasi JIKA KITA MENYEDARI. Kematian itu pasti dan sesuatu perlu dilakukan segera untuk mempersiapkan diri kepadanya.


Akhirnya, kegagalan jangan dicari tetapi apabila ia datang, ia tanda satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada satu zon baru yang tidak lagi gagal.


Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat. Sesungguhnya orang mukmin itu tidak sedih dan tidak takut kecuali kepada Allah SWT.

myMetro


===================




Gagal SPM bukan titik akhir hidup



AIR mata yang berlinangan sebaik memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lalu memberi seribu satu makna yang sukar untuk diungkapkan.

Mana tidaknya, reaksi spontan selepas melihat slip keputusan SPM diiringi tangisan membuatkan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan tertanya-tanya sama ada keputusan mereka cemerlang atau sebaliknya.


Bagi pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, tangisan itu lambat-laun akan bertukar kepada senyuman, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang gagal? Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, mudah membuat perancangan masa depan dengan memohon memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).


Benarkan masa depan pelajar yang gagal itu gelap atau ada peluang lain untuk menebus maruah yang hilang? Jika ada apa yang harus lakukan? Pensyarah Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata keputusan SPM sangat penting, tetapi ia bukanlah penentu masa depan seseorang.


Beliau berkata, tahap kematangan seseorang individu adalah berbeza dan jika berusaha gigih, masa depan mereka pasti cerah.


"Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Jadi, jangan anggap gagal SPM sebagai satu titik akhir dalam hidup. Insya-Allah jika berusaha, kejayaan pasti ada," katanya.


Pelajar yang gagal atau keputusan 'cukup makan' tidak perlu risau kerana banyak peluang untuk berjaya.


"Dahulu memang peluang melanjutkan pelajar untuk mereka yang tercorot agak tipis, kini dengan adanya pelbagai kolej dan pusat pendidikan swasta, pelajar hanya perlu bijak memilih kursus yang diminati.


"Dengan kelulusan minimum yang pelajar ada, mereka boleh memohon kursus di bidang teknikal atau vokasional.


"Latihan kemahiran di Giat Mara atau institusi pertanian membuka peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran," katanya.


Apabila memperoleh sijil nanti, mereka mempunyai pilihan untuk terus bekerja atau melanjutkan pelajaran lebih tinggi.


Bagaimana pula jika gagal memohon di mana-mana institusi atau pusat kemahiran? "Jangan risau kerana anda boleh bekerja dan dalam masa yang sama ambil kursus di mana-mana institusi atau mengulang semula peperiksaan SPM kembali.


"Tetapi, perlu ada keazaman dan usaha gigih," katanya.


Peluang kerjaya kini mempunyai banyak saingan dan pelajar perlu bijak memilih.


Justeru, katanya, jika tiada pilihan lain, pelajar boleh menceburi bidang keusahawanan atau berniaga kecil-kecilan untuk mendapat pengalaman sebelum melabur dalam skil lebih besar.


"Ketika bekerja, kumpul modal dan belajar ilmu pengurusan, insya-Allah dalam tempoh beberapa tahun, anda bakal menjadi usahawan berjaya.

"Yang penting anda ada keinginan, semangat dan usaha untuk berjaya," katanya.


Menurutnya, bidang keusahawanan menjanjikan masa depan yang cerah.


Justeru, katanya, usah menangisi nasib sendiri apabila gagal kerana ia tidak membawa apa-apa, sebaliknya kumpul semangat yang masih ada untuk bangun dan melakukan sesuatu yang positif.


"Perasaan sedih itu memang lumrah apatah jika berusaha tetapi keputusan yang diterima mengecewakan.


"Tetapi, anda tidak boleh terus menangis kerana kehidupan perlu diteruskan, inilah yang patut ada pada diri pelajar yang gagal, semangat dari kejatuhan," katanya.


Beliau mengaku ketika ini ibu bapa memainkan peranan penting memberi dorongan kepada anak-anak.


"Sokongan ibu bapa diperlukan bagi mengubat pelajar yang dalam kesedihan. Mereka perlu peka dan prihatin.


"Jangan memarahi atau mengaibkan mereka kerana ia memberi akibat yang buruk," katanya.


Katanya, ibu bapa perlu sedar bahawa pelajar yang gagal dalam SPM hari ini boleh berjaya di masa hadapan jika mereka bijak membimbing.


Dalam perkembangan yang sama, Dr Sapora meminta pelajar yang gagal rajin melihat peluang lain yang ada.


"Jika masih bersedih dan tidak boleh menerima kenyataan terhadap kegagalan itu, jumpa guru kaunseling di sekolah.


"Rajin-rajinlah membelek surat khabar untuk melihat peluang melanjutkan pelajaran," katanya.

myMetro





Teruskan membaca..

Tuesday, March 16, 2010

Qari Muda-Muhammad Thaqif






Most people are about as happy as they make up their minds to be. ---Abraham Lincoln



Perjalanan juara tilawah Al-Quran




SUASANA ruang tamu di salah sebuah kuarters kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bangsar yang didiami oleh pasangan Fajuri Mamat, 43, dan isterinya Haniza. Abd Jalil, 42 agak hening seketika.

Sayup-sayup kedengaran suara seorang remaja lelaki sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan lagu yang merdu dan mengasyikkan.

Daripada raut wajah remaja itu jelas dia sedang khusyuk menyudahkan baris-baris akhir ayat-ayat yang tertera dalam kitab suci di hadapannya itu.

Bagaimanapun dia tidak berseorangan, seorang lelaki berkopiah putih berada bersamanya, meneliti setiap baris ayat yang dibacakannya sambil sesekali menganguk-anggukkan kepala.

Bagi Muhammad Thaqif, 13, atau lebih mesra dengan panggilan Thaqif itulah rutin hariannya sejak berusia lima tahun lagi.

Bapanya, Fajuri atau lebih dikenali sebagi Ustaz Fajuri di kalangan kakitangan TNB merupakan seorang pegawai agama dan guru pertama yang mengajarnya tentang al-Quran. Bermula daripada proses mengenal huruf sehinggalah beliau boleh membaca sambil bertaranum.

Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, proses tersebut tidak berlaku sekelip mata, sebaliknya memerlukan latihan selama bertahun-tahun, malah sehingga kini pun beliau masih belajar dan memperbaiki corak bacaan yang dilakukan.


FAJURI (kanan) akan memastikan anak-anaknya termasuk Thaqif membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka selepas solat Subuh.


Kata Thaqif, antara perkara rutin yang sering dilakukan oleh mereka ialah wajib membaca sekurang-kurang satu muka al-Quran selepas solat Subuh.

"Sebagai guru, bapa seorang yang tegas, dia tidak akan berkompromi jika ada antara kami yang ingkar. Jika ada kesempatan, saya akan mengaji secara bersendirian di dalam bilik untuk memperbaiki bacaan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan bacaan," katanya yang sudah khatam al-Quran lebih sepuluh kali.

Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar itu memberitahu, beliau banyak didedahkan dengan bacaan al-Quran secara bertaranum berserta qiraat ketika keluarganya tinggal di Mesir beberapa tahun lalu.

Ketika itu, bapanya sedang melanjutkan pelajaran dalam pengajian Takhassus al-Quran wal-Qiraat di salah sebuah pusat pengajian tinggi Islam di sana.

Selain sering mengikuti pertandingan tilawah al-Quran, Thaqif juga sering dibawa ke Masjid Saidina Hussein tempat bapanya menjalani kuliah.

Tradisi masyarakat Mesir yang sering memanggil qari dan qariah terkemuka Mesir seperti Dr. Ahmad Naina dan Syaikh Mustaffa Ismail membaca al-Quran pada majlis-majlis rasmi atau upacara kematian menyebabkan Thaqif semakin berminat mendalami bidang taranum.

Sekembalinya keluarga Thaqif ke Malaysia, Thaqif mula berguru daripada bapanya di samping mendengar kaset bacaan qari dan qariah terkemuka pada waktu yang terluang.



Serlahkan bakat

Dari situ, bakatnya semakin teserlah dan dia mula didedahkan dengan pelbagai pertandingan tilawah al-Quran yang diadakan bermula di peringkat TNB, sekolah dan seterusnya mewakili Wilayah Persekutuan.

Antara kejayaan manis yang pernah dicapai ialah menjadi Johan Tilawah al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Agama Wilayah Persekutuan (2007/2008); Johan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan TNB bagi kategori kanak-kanak (2007/2009) dan Naib Johan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2008.

Terbaru, kejayaan yang dicapainya ialah menjadi Johan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan, KPM pada tahun 2009.




Mengambil juara Akademi al-Quran (AQ) musim pertama, Abdullah Fahmi Che Nor sebagai idolanya, Thaqif kini sedang melanjutkan pelajaran di Mahaad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan. Thaqif juga berguru dengan Ustaz Yahya Daud dan Ustaz Muhyiddin Daud yang pakar dalam bidang berkenaan.

''Saya memasang impian untuk menjadi seorang tahfiz pada masa hadapan di samping ingin memperbaiki corak dan kaedah bacaan sekali gus berpeluang mewakili Malaysia di peringkat kejohanan tilawah antarabangsa suatu hari nanti," katanya yang terlibat sebagai qari jemputan khas dan berpeluang memperdengarkan bacaan al-Quran sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini.

Kini, Thaqif baru sahaja menghasilkan sebuah video cakera padat, Qari Emas: Bacaan al-Quran Bertaranum yang mengandungi beberapa surah yang dijual di pasaran.

Beliau memberitahu, mereka sekeluarga tidak pernah terlepas untuk menonton tilawah al-Quran yang disiarkan di kaca televisyen.

Pengalaman Thaqif turut dilalui oleh Siti Aisyah Baain, 13, yang merupakan pelajar Mahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriah, Kuantan.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu memberitahu, dia mula membaca al-Quran pada umur lima tahun selepas mendapat tunjuk ajar daripada ayahnya, Baain Ali, 46, seorang pesara tentera.



Mahir taranum

Khatam al-Quran buat kali pertama ketika berusia lapan tahun, dia kemudian didedahkan dengan kaedah pembacaan secara bertaranum oleh ayahnya itu.

"Ketika itu saya didedahkan dengan pelbagai tilawah al-Quran di peringkat sekolah dan berjaya menjadi johan dalam beberapa kategori yang diadakan," katanya yang ditemui pada uji bakat program realiti AQ baru-baru ini.

Antara kejayaan tertinggi yang pernah dicapainya ialah menjadi Juara Tilawah al-Quran Angkatan Tentera Malaysia kategori kanak-kanak pada 2007.

Selain dibimbing oleh ayahnya, beliau turut mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Johan Qariah Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman ketika berusia 11 tahun.

Berguru hampir satu tahun, dia mengakui telah banyak mempelajari kaedah bertaranum yang betul di samping teknik suara dan nafas ketika ketika membaca al-Quran.

"Bertaranum memerlukan latihan yang berterusan di samping stamina yang tinggi, jika tidak belum habis ayat lagi sudah habis nafas," ujarnya yang turut belajar kiraat di samping Pensyarah al-Quran di Darul Quran, Mohd. Nazri Abdullah.

Siti Aisyah yang bercita-cita menjadi tahfiz dan qariah terkemuka suatu hari nanti meluangkan masa dua atau tiga jam berlatih secara bersendirian.

"Jika dahulu saya gugup ketika berhadapan dengan di khalayak ramai, kini berkat latihan yang diamalkan ia boleh dianggap alah biasa tegal biasa," katanya yang semakin mahir dan mampu menguasai empat daripada tujuh jenis taranum.

Kosmo!

Teruskan membaca..

Sunday, March 14, 2010

Cara Mengenali Perangai Kawan-kawan.






Most people are about as happy as they make up their minds to be. ---Abraham Lincoln





KENALPASTI PERANGAI KAWAN




Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat-tempatnya ialah :

1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur

Lokasi manakah pilihan anda untuk menanam pokok kelapa ini?


Jawapan : Di Tepi Sungai.


Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang-kadang seorang yang PEMBAZIR.



Jawapan : Di Halaman Rumah.


Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu-ragu akan membalasnya dengan kebaikan.



Jawapan : Di Tepi/Tengah Padang.


Maaf sesuatu yang tidak sedap dibaca, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan-kawan dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.



Jawapan : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur.


Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.




p/s : Cuba praktikkan cara ini kepada kawan-kawan. Cuba tanya dan nilai sendiri jawapan yang diberikan oleh kawan-kawan anda. Adakah mengena dengan perangai dan sikapnya? :):):):):):):):):)
Teruskan membaca..

Saturday, March 13, 2010

Cuti Kembali.......




Cuti lagi!

Semoga percutian dapat diisi dengan

aktiviti yang berfaedah.








Teruskan membaca..

Friday, March 12, 2010

Nur Syuhadah antara pelajar cemerlang

Nur Syuhadah antara pelajar cemerlang

KOTA BHARU 11 Mac - ''Terima kasih, terima kasih cikgu," ujar Nur Syuhadah Muhamad, pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) di sini yang muncul sebagai salah seorang pelajar cemerlang peringkat kebangsaan pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Nur Syuhadah yang ditemui di sekolahnya hari ini menyatakan rasa syukur di atas kejayaan yang dicapainya itu dan menyifatkan komitmen guru dalam menyampaikan kepakaran masing-masing begitu banyak membantunya.

''Ia membolehkan saya membuat persiapan dengan yakin bagi menduduki peperiksaan tersebut. Saya banyak memberi tumpuan semasa di dalam kelas," ujarnya.

Anak kepada pasangan pesara guru dan pesara jururawat itu memperoleh keputusan 10 A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Sejarah, Pendidikan Islam dan English for Sience and Technology (EST).

Dia yakin, kemahiran hafaz ayat-ayat al-Quran semasa di sekolah rendah yang diamalkan secara berterusan memudahkannya memahami dan mengingati apa yang diajar oleh guru.

Nur Syuhadah mendapat tawaran ke SMSTMFP semasa di tingkatan empat dan peluang ke sekolah ternama itu tidak disia-siakan dengan tumpuan penuh terhadap pelajaran.

Justeru katanya, tumpuan berkenaan membolehkannya menyertai pelbagai pertandingan akademik peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

''Antaranya, Olympiad Kimia Kebangsaan, ASEAN and Eropah Classroom (Matematik) dan National Science Challenge yang membolehkan saya mendapat sijil dan merit," katanya.

Penyertaan dalam pertandingan itu juga katanya, memberinya perangsang berkesan dalam membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Pelajar itu pernah menerima anugerah dari Sultan Kelantan semasa muncul pelajar cemerlang peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007.

Teruskan membaca..

255 dapat A+


HABIBAH Hanan Mat Yusoff dari Sekolah Menengah Agama Maahad  Muhammadi (P), Kota Bharu dijulang  rakan  selepas mendapat 15A  dalam   SPM 2009. Beliau adalah pelajar terbaik sekolah itu selepas Nik Nur  Madihah memperoleh  20A pada 2008.
HABIBAH Hanan Mat Yusoff dari Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu dijulang rakan selepas mendapat 15A dalam SPM 2009. Beliau adalah pelajar terbaik sekolah itu selepas Nik Nur Madihah memperoleh 20A pada 2008.
Pencapaian SPM 2009 membanggakan, 7,987 peroleh gred cemerlang

PUTRAJAYA: Seramai 7,987 atau 1.99 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 6,277 atau 1.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 214 calon Kementerian Pelajaran serta 41 calon persendirian, swasta dan tajaan agensi, mendapat gred cemerlang tertinggi A+ mengikut penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu. Menerusi penggredan baru itu, pelajar diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.

Dalam keputusan SPM yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, semalam dua calon mendapat keputusan A+ bagi semua 15 subjek, satu calon (14 subjek), tiga calon (13 subjek), 19 calon (12 subjek), 59 calon (11 subjek), 79 calon (10 subjek) dan 51 calon (sembilan subjek).


Sambil menyifatkan pencapaian keseluruhan tahun ini membanggakan, Alimuddin berkata, 364,046 calon mendapat sijil SPM kali ini, berbanding 347,443 pada 2008.


Beliau berkata, walaupun peratusan bagi 2009 dan 2008 adalah sama, iaitu 90.8 peratus, ada pertambahan calon seramai 16,603 yang berjaya mendapat sijil SPM kali ini.

Katanya, Gred Purata Nasional (GPN) SPM menunjukkan pencapaian lebih baik, iaitu 5.34 berbanding 5.51 tahun sebelumnya.

Beliau berkata, 68,131 atau 17 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 60,902 atau 15.9 peratus pada 2008.


Bagaimanapun, katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G turut meningkat, iaitu 4,626 atau 1.15 peratus berbanding 2,589 atau 0.67 peratus pada tahun sebelumnya.


Alimuddin turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, sebagai pelajar terbaik SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.


Sembilan pelajar terbaik lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor); Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan); Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis); Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan); Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor); Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan); Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka); Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).


Sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.


Tahun lalu, 465,853 pelajar menduduki SPM membabitkan 406,420 atau 87.2 peratus calon Kementerian Pelajaran; calon persendirian perseorangan (32,561/tujuh peratus), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat dan sekolah swasta (11,036/2.4 peratus); sekolah menengah agama negeri (8,765/1.9 peratus), manakala Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Kementerian Pertahanan (7,071/1.5 peratus).


Alimuddin juga berkata, 258 daripada 538 calon istimewa atau 51.9 peratus berjaya mendapat sijil SPM berbanding 208 atau 47.8 peratus tahun lalu.


Beliau berkata, seorang calon rabun penglihatan berjaya mendapat keputusan cemerlang 4 A+, 3 A, 4A- daripada 11 mata pelajaran yang diambil, manakala seorang lagi mendapat 4A+, 3A, 3A- daripada 10 mata pelajaran.


Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, 66 sekolah dikategorikan cemerlang, 278 baik, 1,654 pada tahap memuaskan dan 143 berpotensi.


Beliau berkata, calon yang mendapat gred cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu turut menunjukkan peningkatan daripada 25.4 peratus pada 2008 kepada 31.3 peratus tahun lalu, manakala Bahasa Inggeris meningkat kepada 75.6 peratus berbanding 73.9 peratus pada tahun sebelumnya.


Seramai 97,341 atau 24.3 peratus calon memperoleh sijil GCE O-Level untuk Bahasa Inggeris 1119 berbanding 87,383 atau 22.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 15,289 atau 3.8 peratus calon berjaya memperoleh gred 1A atau 2A berbanding 12,645 atau 3.3 peratus sebelum ini.

Mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Alimuddin berkata, 3,138 calon berjaya memperoleh sijil itu berbanding 3,098 pada tahun sebelumnya.


Daripada jumlah itu, 422 memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) berbanding 562 pada tahun sebelumnya.

Teruskan membaca..

Thursday, March 11, 2010

SPM 2009: Gladys Tan, SM Sains Seremban terbaik



PUTRAJAYA 11 Mac – Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak yang mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 hari ini diumumkan sebagai pelajar terbaik, manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula muncul sebagai sekolah terbaik. – Utusan




==============




Lebih 78 peratus daripada calon SPM 2009 dapat sijil


PUTRAJAYA 11 Mac – Seramai 78.15 peratus atau 364,046 daripada 465,853 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berjaya mendapat sijil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah itu, seramai 199,155 calon lulus semua mata pelajaran dan seramai 214 calon memperoleh gred tertinggi atau A dalam semua mata pelajaran.

Bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 3009 pula, seramai 3,138 daripada 6,920 calon lulus dalam sijil itu. – Utusan



===========



SPM: 214 students scored above 90% for all subjects



PUTRAJAYA: In the 2009 SPM results announced Thursday, 7,987 students obtained all As in the subjects they took, said Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

He said that under the new scoring system introduced for the 2009 examinations, 214 of the those students who scored all As scored above 90% (A+) in all their subjects.

A total of 465,853 students sat for the SPM examination last year.

The Star



Teruskan membaca..

Wednesday, March 10, 2010

Dunia Nak Kiamat........

Nenek bertanduk



HENAN (China): Seorang wanita tua mengejutkan rakan dan anggota keluarganya apabila ketumbuhan menyerupai tanduk tumbuh di dahinya.

KEADAAN tanduk yang tumbuh pada dahi Zhang.

KEADAAN tanduk yang tumbuh
pada dahi Zhang.

pix_topright

Tanduk itu mula tumbuh di dahi Zhang Ruifang,
101, tahun lalu.


Ketumbuhan itu kini sudah enam sentimeter panjang dan pada masa sama, satu lagi ketumbuhan serupa kelihatan di sebelah kanan dahinya.


Keadaan nenek itu menyebabkan keluarganya di Kampung Linlou, wilayah Henan, bimbang dan hairan.


Anak bongsunya, Zhang Guohzheng, 60 berkata, keluarganya tidak memberi tumpuan apabila setompok kulit kasar muncul pada dahi ibunya tahun lalu.


Menurut Zhang yang abang sulungnya berusia 82 tahun, tanduk berkenaan semakin panjang dari semasa ke semasa. “Ia sudah enam sentimeter. Dan kini, ketumbuhan yang sama muncul pada sebelah kanan dahinya. Ia mungkin satu lagi tanduk.” Walaupun tidak diketahui ketumbuhan itu, ia menyerupai tanduk.

Biasanya, ketumbuhan seumpama itu hanya tumbuh pada manusia sepanjang beberapa milimeter tetapi ada yang boleh tumbuh hingga beberapa sentimeter.


Ketumbuhan itu biasanya dialami oleh golongan tua berusia antara 60 hingga 70 tahun. - Agensi


myMetro

Teruskan membaca..

Solat Rasulullah

SIFAT SOLAT NABI


Solat ialah salah satu perkara ibadah yang terpenting didalam Islam. Dan seperti yang telah nabi kita sabdakan di dalam sebuah hadis yang sahih : " Solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat". Maka dengan itu marilah kita bersama-sama bermuhasabah dan menilai semula perlakuan solat kita adakah mengikut kepada Solat Rasulullah? Jadi marilah kita menonton video di bawah untuk :






















Teruskan membaca..

Tuesday, March 9, 2010

Awan Yang Terpilu.........







Uruguay1 Awan Pelik Muncul di Uruguay

Awan ini terbentang di Las Olas Beach in Maldonado, Uruguay. Gambar ini diambil pada 25 Januari 2009. Pelik tapi benar.

Subhanallah..

Uruguay2 Awan Pelik Muncul di Uruguay

A Roll Cloud Over Uruguay

Credit & Copyright: Daniela Mirner Eberl
Explanation: What kind of cloud is this? A roll cloud. These rare long clouds may form near advancing cold fronts. In particular, a downdraft from an advancing storm front can cause moist warm air to rise, cool below its dew point, and so form a cloud. When this happens uniformly along an extended front, a roll cloud may form. Roll clouds may actually have air circulating along the long horizontal axis of the cloud. A roll cloud is not thought to be able to morph into a tornado. Unlike a similar shelf cloud, a roll cloud, a type of Arcus cloud, is completely detached from their parent cumulonimbus cloud. Pictured above, a roll cloud extends far into the distance in 2009 January above Las Olas Beach in Maldonado, Uruguay.

Uruguay1 Awan Pelik Muncul di Uruguay


Teruskan membaca..

Monday, March 8, 2010

Pidato Cilik





Adik-adik ada bakat tak? Mesti ada kan...... Jadi, asahlah bakat yang ada dari kecil tak kira bakat apapun. Di mana ada kemahuan, di situ terbuka banyak jalan.
Teruskan membaca..

Push for peace and progress


Just 40 days after being proclaimed as the Johor Ruler, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar speaks to Sunday Star on how Johor should move forward and regain its glory days.


Within 40 days of your proclamation, you have already initiated changes in the state. Can you tell us about your vision for the state?

My vision is for Johor to be trouble free. It is not going to be easy, but I will try my best. It is not easy to please about 1.8 million people.

I also want politicians and the Johor civil service to buck up and serve the people. If they cannot deliver, then they will have to be booted out. My government is not a Santa Claus government and I want results not just from the grassroots levels, but all the way to the top of the administration.

This is a new millennium. A new era and as the new Sultan, I expect a lot of changes.

I have also directed all state government agencies to give detailed briefing on matters pertaining to the administration and finance of their respective department.

You seem to be politically in tune with the things happening in the country. How do you view the latest political developments?

Politicians must serve the people genuinely as they are already getting paid. They have to look after the people.

I am fair to everyone; I tell the present government to shape up and buck up. If you want to be a politician, be a good one without having personal gains. As politicians, they should not instigate people or cause people to break up or fight.

Why can’t we all live in harmony? If we all work together, this will be a trouble-free government.

The country needs to move forward and you cannot have all sorts of obstacles for the government to function. When the government succeeds, then the benefits will reach the people.

You are known to be a successful businessman with some people even describing that everything you touch turns to gold. How will you balance your role as Sultan and at the same time be involved in business?

I cannot be a businessman. Anyway, I do not go to any office. Yes, I do a few things like looking after my own oil palm plantation. I have been a planter for the past 30 years. The estate is doing well with good income. We have horses to looks after, bills to pay, the motor pool to maintain, our helicopter and aeroplane to maintain.

All this is not from the government. I have had my share of bad luck as I have been conned, made some bad mistakes or even wrong deals, but I always recover. I learn through my mistakes.

People think Johor royalty is super rich, but we have enough for us. A ruler will live the life of a ruler.

Links between Johor and Singapore still seem to be a problem. Do you have a suggestion to overcome this?

We should build a bridge to replace the Causeway to boost links between both countries as between 80,000 and 120,000 people use it daily.

I am even willing to be the mediator between both countries to resolve some of the issues, especially on the bridge project, water and Singapore’s Mass Railway Transit (MRT) lines into Johor Baru.

I do not have a problem with Singapore; I think some of the issues between Johor and Singapore can be resolved over a cup of tea.

I hope in future the state would be consulted in all development projects. It must be Johor that decides with the blessing of the federal government as you must understand the Johor sentiment.

Yes, a delegation from Singapore, including Minister Mentor Lee Kuan Yew, paid a courtesy call on me recently and whatever they propose, it must be a win-win situation.

I am also against the building of a third link into Singapore. Look at the Second Link – it used to be a white elephant project as people did not want to use it but now with the development in the area under Iskandar Malaysia, people are using it. But it is still running at 40% capacity.

We should also look into extending the MRT link from Singapore.

You have always had a soft side for the welfare of the people, especially those in the rural areas, including the Orang Asli. What are your plans for them?

I have visited some Orang Asli villages and I find them not very different from ours. They are very pampered as whatever they ask for, they get from the government, including schools, houses and even six to 12 acres of land each for plantations.

We cannot be doing this forever. I am not asking them to change their tradition but if you do not tell them that they must compete, they will forever want the government to provide them with facilities. How long can this go on? And this will involve a lot of money too.

Johor is expanding and you have to adjust your lifestyle to the changes.

We now even have an Orang Asli senator from Johor while the people from a village in Pontian are doing well in business. But we have naughty ones who are involved in poaching.

What is your stand on environmental issues such as illegal logging and water catchment areas?

The Forestry Department controls the logging in the state. You cannot simply cut logs except for the marked ones. Sometimes contractors may be a bit naughty and adjust the roads, which results in trees that are not marked to be cut.

The enforcement agencies are closely monitoring lagging areas in the state. But Jabatan Hutan Johor is always around. It is not easy to smuggle timber. Johor does not have many areas for timber left.

Yes, I was a logger at one time, a legal one I must stress. I paid the government but I have since stopped. Timber in Johor will only be around for a few more years.

As far as water is concerned, I am not happy with the management of our raw water resources as it can be improved. We need to educate the people first. Do not waste water; in Johor, this is a sensitive issue.

On development, how do you view the Iskandar Malaysia corridor?

To me, the project is moving on the right track and will be good for the state. We need to give them more time as it has only been a few years but they are on the right track, especially in improving the infrastructure which will lead to more investments coming into the state.

But I hope the agencies concerned will be careful in choosing the industries for Johor. I also hope developers do not focus too much on building houses alone as this will create a glut.

I also hope that more chances are given to Johor-based contractors, companies or government-linked agencies to participate in development projects.

What about participation of the locals in the project?

I want more opportunities to be given to Johor-based contractors, companies or government-linked agencies to participate in development projects in the state. I want to see Johoreans coming up.

I am not pleased when there is parachuting of someone from another state getting the big projects. Give Johoreans a chance. The new Customs, Immigration and Quarantine Complex (CIQ) in Johor Baru was built by Johoreans.

Are you satisfied with the level of policing in the state?

To me, the police are doing a good job. You cannot expect them to have an eye on every shop or everywhere in Johor.

I have been working closely with (Deputy Comm) Datuk Mohd Mokhtar (Mohd Shariff), the state police chief, who knows what he is doing. They are in the midst of installing security cameras everywhere.

Do not look down on Johor Baru whenever a crime is committed as such things happen everywhere. Our police have got the best intelligence network.

I salute the men in blue. Of course, there is always room for improvement.

THE STAR

====================

=====================

======================

==================

======================



Wawasan Sultan Ibrahim


BERJIWA rakyat. Begitulah keperibadian Sultan Johor kelima, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Baginda yang dimasyhurkan sebagai raja dan pemerintah kelima Johor Darul Takzim sehari selepas kemangkatan ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Januari lalu, baru-baru ini berkenan menerima menghadap delegasi Harian Metro (HM).

BANGGA... Mustapa menyerahkan cenderahati muka depan Harian Metro  kepada Sultan Johor.

BANGGA... Mustapa menyerahkan cenderahati muka depan Harian Metro kepada Sultan Johor.

KASIH... Sultan Johor bersalaman dengan rakyat  di Masjid Sultan  Abu Bakar, Johor Bahru.
KASIH... Sultan Johor bersalaman dengan rakyat di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Ketua Pengarang Berita Harian Metro, Othman Mamat; Pengarang Berita New Media, Mohd Ramzi Sanny dan Ketua Biro HM Johor, Ahmad Nazri Mohamad.


Pada majlis menghadap yang berlangsung kira-kira dua jam itu, Sultan Ibrahim yang mengakui membaca Harian Metro berkenan untuk berkongsi pandangan selain menerangkan misi dan visi yang bakal diperkenalkan baginda dalam era pemerintahan di negeri Johor Darul Takzim.


Ikuti sedutan wawancara yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.


HARAPAN KEPADA RAKYAT “SAYA tidak suka rakyat saya berpecah. Jangan berpuak-puak dan jangan ada kepentingan diri. Bagi individu yang terbabit politik, jika mahu menjadi ahli politik jangan ada kepentingan diri. Mahu jadi wakil rakyat, haruslah bekerja untuk rakyat.

Johor adalah negeri maju dan rakyat mesti bertanggungjawab membantu kerajaan untuk memajukan lagi negeri ini. Jika kerajaan kucar kacir, pelabur tidak akan datang. Kerajaan tidak boleh berfungsi jika rakyat tidak beri kerjasama. Visi saya adalah 1Johor iaitu rakyat bersatu dan muafakat sebagaimana seruan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dengan 1Malaysia. Kita di Johor adalah 1Johor. Jangan ada yang berpuak-puak.


Orang Melayu sudah maju ke depan, menerusi rancangan luar bandar seperti Felda, ramai anak Melayu yang berjaya. Ada yang menjadi jurutera, doktor dan profesional. Mereka tinggal di Kuala Lumpur atau bandar besar lain, tinggallah orang tua mereka di situ (kampung). Ini bermakna kerajaan yang memerintah dulu sudah melihat prospek dan apa yang dilakukan itu kini berjaya. Kerajaan sudah buktikan. Sekarang kemajuan ini harus diteruskan dan dilakukan dengan terbaik demi masa depan anak-anak kita.” HARAPAN KEPADA KERAJAAN “MENTERI Besar jika di dalam organisasi perniagaan, dia diibaratkan sebagai pengurus besar. Beliau dibantu oleh pegawai kanan dan pekerja untuk memajukan syarikat. Namun jika pekerja tidak beri kerjasama, dengan kesatuan sekerja yang terlalu banyak bantahan serta masalah, syarikat sukar untuk maju. Syarikat akan mengalami kerugian dan apabila rugi, syarikat akan tutup dan hilang pekerjaan. Begitu juga dengan organisasi kerajaan, jika ada kepentingan, tidak beri sokongan, bekerjasama serta bekerja keras bersama-sama Menteri Besar, negeri tidak akan maju.


Sama seperti kerajaan dan menjalankan (pentadbiran) negeri, jika rakyat membantu dan bekerja kuat, negeri akan maju dan bila negeri kerugian, rakyat juga akan rugi. Tepuk dada tanya selera.


Saya mahu sebuah kerajaan negeri dengan pentadbiran yang berkesan dan tiada masalah. Saya mahu negeri Johor ini ‘trouble free state’ (negeri bebas masalah).” PEGAWAI KERAJAAN “SAYA akan memainkan peranan. Saya mahu pegawai yang dilantik melaksanakan tugas dan amanah mereka dengan sebaik-baiknya. Saya sudah memanggil menghadap pegawai kerajaan untuk memberi taklimat mengenai pembangunan daerah serta menasihatkan mereka supaya mempertingkatkan kualiti kerja untuk rakyat.


Saya akan lebih kerap melawat daerah, bandar, kampung dan saya akan beri teguran serta nasihat demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat. Saya harap (kakitangan kerajaan) jangan terlalu leka. Kerajaan lantik mereka untuk buat kerja. Mana-mana yang dulu tidur, sekarang bangunlah.” KEMBARA MAHKOTA JOHOR “SAYA akan meneruskan program ini bersama-sama Tunku Mahkota. Nama program Kembara Mahkota saja yang akan berubah, namun konsep masih sama. Tunku Mahkota mungkin akan ada beberapa acaranya tersendiri. Johor mempunyai 10 daerah, dengan penyertaan Tunku Mahkota dalam program itu, lebih banyak aktiviti boleh diadakan dan lebih banyak kawasan boleh dilawati.


Untuk tahun ini saya bercadang meneruskan program ini dengan menaiki kereta api. Manakala Tunku Mahkota mungkin mengikut jalan raya. Saya dan Tunku Mahkota masing-masing akan mempunyai acara tersendiri sebelum kami bergabung pada majlis tertentu.” KENANGAN BERSAMA ALMARHUM SULTAN ISKANDAR “KETIKA bersama Almarhum Sultan Iskandar dulu, Almarhum tidak suka saya berjalan ke luar negara. Almarhum mahu saya selalu dekat dengannya dan sentiasa kawal pergerakan saya.


Bahkan dalam negeri Johor, jika saya mahu keluar daerah, saya perlu menghadap dan minta izin Almarhum baginda. Jika mahu ke pulau dan melakukan aktiviti menyelam, saya kena menghadap sembah dan maklumkan bila dan berapa lama mahu pergi, bila balik dan siapa lagi yang pergi. Almarhum juga mahu tahu siapa kawan saya. Selepas itu, akhir sekali, baru Almarhum ucapkan selamat, “Bah (Ayahanda) doakan semuanya tak ada apa-apa, semuanya selamat.” Apabila balik juga perlu menghadap. Almarhum mahu tahu apa cerita, berapa lama dalam air, berapa kali menyelam, ikan apa ditembak dan perlu tunjuk bukti ikan itu. Almarhum akan tanya, betulkah saya yang tembak? Almarhum tidak suka perbuatan membazir, pantang sekali kalau melihat pembaziran. Kalau mahu ke luar negara, contohnya, hendak lihat anak saya bersekolah di Australia. Almarhum akan tanya, berapa hari pergi ke sana. Saya jawab seminggu. “Eh, mana boleh?” Almarhum potong tiga hari. Jadinya pergi satu hari, melawat satu hari, balik satu hari, tinggal satu hari sajalah cuti saya.

Saya dengan Almarhum sangat rapat, tetapi saya tidak pernah menjawab, kalau Almarhum murka dengan saya, saya tidak menjawab, saya diam. Perlahan-lahan Almarhum akan ‘sejuk’ semula. Itulah hubungan bapa dengan anak.


Nasihat saya kepada orang muda sekarang, mesti hormat kepada ibu bapa kita. Kalau tidak ada mereka (ibu bapa), matahari dan bintang tidak akan dapat dilihat. Hormatilah ibu bapa dan mereka yang lebih tua.” CARA MENDIDIK ANAK “SAYA tidak berkeras dengan anak. Ketika kecil, saya juga dirotan oleh Almarhum ayahanda. Jika buat salah, saya dirotan sebagai hukuman. Almarhum tidak suka orang bercakap bohong, mengumpat dan mencuri. Saya tidak pernah sekali pun mendengar Almarhum mengumpat mengenai orang lain. Kalau ada yang bercerita mengenai sesiapa pun, Almarhum hanya mendengar dan tidak masuk campur.


Dengan anak saya, jentik pun tidak pernah. Saya memberi teguran dan nasihat. Generasi mereka sekarang tidak sama ketika saya dilahirkan pada 1958. Mereka dilahirkan tahun 1980-an. Keadaan sudah jauh berbeza. Pendekatan bersama anak juga berubah. Malah kadangkala mereka temberang kita balik, “Eh, Bah (Ayahanda) ini bukan tahun 50 (1950-an), ini alaf baru.” Ada saja jawapan mereka.


Anak saya yang ketiga, Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar kini menjalani latihan ketenteraan bersama Angkatan Tentera Darat. Anak lelaki ketiga, Tunku Abdul Jalil kini belajar di Zoo London. Dia suka binatang dan juga pencinta alam sekitar, sayangkan pusaka negeri dan warisan.


Anak saya yang perempuan (Tunku Aminah), dia seperti penunggu rumah, suka makan di kedai tetapi tidak suka keluar waktu malam. Anak kelima saya, Tunku Iman tidak tahu lagi (perancangannya).” MASYARAKAT ORANG ASLI “SAYA ingin menegur masyarakat Orang Asli kerana saya lihat mereka terlalu bergantung kepada kerajaan dan hanya mengharapkan bantuan percuma hingga mendorong mereka jadi pemalas. Sebelum ini mereka banyak diberi bantuan, tanah, rumah dan keperluan lain dengan percuma. Kita bantu mereka, adakah mereka berterima kasih? Begitu besar kerajaan berbelanja membantu mereka.


Justeru saya mahu mereka berubah dan tukar cara hidup. Mereka perlu dididik dengan cara hidup yang lebih berdikari. Jika tidak buat begitu, mereka tahu setiap tahun bantuan (kerajaan) akan datang. Adakah ini adil pada rakyat lain yang juga hidup susah? Di Johor, ada kira-kira 14,000 Orang Asli yang kebanyakannya sudah maju dengan kira-kira 80 peratus memeluk agama Islam.


Sekarang mereka mesti keluar dari kampung dan bina kehidupan lebih baik. Kalau 100 tahun lalu, sejumlah 95 peratus negeri Johor ini adalah hutan, kena cari makan dalam hutan. Kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang. Namun sekarang negeri semakin maju dan hutan semakin kecil. Takkan mereka mesti terus memburu di hutan. Mereka tidak boleh dengan cara hidup 50 tahun dulu kerana negeri sudah maju dan mereka mesti keluar (daripada cara hidup tradisional).


Dalam rancangan luar bandar, kerajaan siapkan ladang. Ini antara cara mengubah hidup Orang Asli. Kena bawa mereka keluar, tetapi jangan pula adat resam mereka hilang.” ALAM SEKITAR “PENCEMARAN salah siapa? Salah kita... Kerajaan menyediakan tong sampah percuma, tetapi orang ramai buang di mana? Masih ada yang tidak bertanggungjawab buang ke parit dan sungai. Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan menyediakan peruntukan besar untuk membersihkan sungai.


Namun seharusnya atasi dulu masalah dan punca pencemaran sungai itu. Apa saja yang menyebabkan sungai tercemar sama ada membabitkan orang ramai, perniagaan mahupun industri, perlu ditangani dengan berkesan. Apabila masalah ini dapat diatasi, baru sungai itu dibersihkan. Jika dibersihkan juga tetapi sampah dan kotoran industri masih dibiarkan mengalir ke sungai, ia tidak akan berubah. Sungai akan terus tercemar dan yang akan merasa kesan dan akibatnya adalah generasi kita akan datang.


Di Pantai Lido, dulu banyak pokok stu. Buahnya seperti rambutan tetapi hijau dan bila dipecahkan nampak isi putih, dan rasanya lemak manis. Di Sungai Tebrau pula penuh siput gonggong, tetapi sekarang spesies itu sudah tidak ada. Malah spesies yang tidak pernah ada pula wujud seperti ikan Subaru. Ia seperti ikan bawal tapi ada bintik hitam pada tepi badannya.


Sebenarnya saya tidak setuju dengan kerja penambakan Pantai Lido melainkan kerja-kerja melebarkan jalan sahaja. Bapa, datuk dan moyang saya bina istana di tepi laut kerana pemandangan yang indah di tepi pantai.


Kita bina masjid, bangunan Majlis Agama Islam Johor, mahkamah syariah, hospital dan Istana Bukit Serene semuanya menghadap laut dengan pemandangan cantik bersama tiupan bayu laut.


‘Muka kita sudah cantik, mengapa mahu tampal dan tutup lagi?’ Apakah tanah di Johor sudah tidak ada hingga perlu menambak laut. Saya tidak setuju dengan pembangunan itu dan sudah sampaikan hasrat saya pada Menteri Besar Johor. Kalau di sebelah Stulang, tidak jadi masalah jika mahu tambak untuk dibangunkan dan diperindahkan dengan kawasan pejalan kaki. Pembangunan di Pantai Lido tidak perlu, dan cukup dengan Teluk Danga yang sudah dibangunkan.” KEBERSIHAN BANDAR DAN SUNGAI “KALAU sayangkan negeri kita, cintakan sungai kita, kena berubah. Tiba masanya kita berubah. Saya mahu negeri ini lebih bersih. Perlu ada usaha dan kesungguhan daripada semua pihak untuk mempertingkatkan lanskap dan hiasan di seluruh negeri dan bandar raya Johor Bahru terutamanya. Sampai masanya rakyat perlu sedar, dan bantu kerajaan untuk pertingkatkan kebersihan negeri Johor.


Saya sudah nasihatkan kerajaan dan arahkan penubuhan jawatankuasa khas mengenai kebersihan di negeri Johor. Undang-undang yang ada kurang pelaksanaan daripada segi penguatkuasaan. Saya minta lebih adil dan telus dalam menguatkuasakan peraturan.” PELANCONGAN “KERAJAAN sudah melakukan yang terbaik dan mempunyai banyak perancangan bagi mempertingkatkan industri pelancongan di Johor. Antara yang dilakukan adalah beri anugerah dan tauliah kepada penggiat industri pelancongan.


Namun pada masa sama, kerajaan harus meningkatkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi tumpuan pelancongan. Contohnya Mersing, pelancong suka ke sana kerana ada banyak gugusan pulau yang indah. Jadi kita perlu pertingkatkan kemudahan dan kualiti perkhidmatan untuk menarik lebih ramai pelancong ke sana.


Saya berhasrat menghidupkan kembali Tenun Johor sebagaimana Tenun Pahang yang kini popular di Pahang. Tenun Pahang terkenal kerana Tunku Ampuan Mariam membawanya ke negeri itu dan kemudian kekal popular kerana adik saya (Tunku Azizah Maimunah Iskandariah) mengambil berat.


Justeru saya mahu mengembalikan Tenun Johor yang berasal dari Lingga, Indonesia. Sebenarnya tidak susah untuk menghidupkan semula tradisi Tenun Johor, jika mendapat sokongan kerajaan dan minat rakyat. Kita perlu sediakan bangunan dan bawa ahli tenun dari Lingga untuk berkongsi ilmu. Memang ada yang menganggap kerja tenunan kurang komersial, tetapi jika kita fokus dan berusaha, ia sebenarnya menguntungkan.


Banyak perkara yang hendak dihidupkan semula di Johor. Anyam mengkuang, tikar mengkuang, semua boleh dihidupkan semula. Kerajaan kena bantu dan beri subsidi. Kita mesti hidupkan, jika tidak ia akan pupus. Seperti di Kelantan yang popular dengan ukiran perak dan tembaga.


Selain itu, Johor harus memanfaatkan industri nanas, fiber (gentian) nanas yang boleh dibuat baju harus diperkembangkan lagi sebagai satu daripada imej negeri ini.” KESELAMATAN DAN JENAYAH “KERAJAAN sudah melakukan pelbagai cara, antaranya menyediakan sistem kamera litar tertutup (CCTV), menambah anggota dan pondok polis tetapi masih susah mengawal jenayah.


Dulu jika berlaku rompakan, mangsa tidak dibunuh, tetapi sekarang penjenayah semakin kejam. Ada mangsa rogol yang dibunuh, kanak-kanak turut jadi sasaran, malah ada mangsa dibakar.


Justeru saya ingatkan rakyat supaya lebih prihatin dan peka. Tinggal dalam kawasan kejiranan, perlu ada perasaan cemburu dan curiga. Jika ada orang asing atau tidak dikenali, perlu diperhatikan. Kita harus pedulikan orang dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Sikap seperti itu tidak muafakat, maka tidak ada berkat.”


myMetro

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...