Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, January 2, 2010

Majlis fatwa perlu segera bertindak


Quantcast

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Majlis Fatwa Kebangsaan digesa segera bermesyuarat bagi memutuskan kekeliruan berhubung keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, fatwa khusus perlu segera diwartakan bertujuan menghalang pihak tertentu mengeluarkan pendapat berbeza tanpa mengira sensitiviti agama Islam.

Menurut beliau, kerajaan juga perlu segera menggubal dan melaksanakan Akta Sekatan Pengembangan dan Dakyah Agama Lain ke atas orang Islam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri lain sudah lama melaksanakannya.

“Mengapa empat negeri ini masih belum melaksanakannya? Sekiranya akta tersebut wujud, sudah tentu keadaan akan berbeza kerana akan menjadi suatu kesalahan jenayah jika menggunakan perkataan Allah untuk tujuan selain Islam sebagaimana yang diperuntukkan di negeri-negeri lain.

“Sistem perundangan kita juga perlu dikaji semula terutama dalam isu-isu yang membabitkan hal ehwal Islam termasuk perundangan dan syariatnya perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Syariah,” katanya dalam blog zul4kulim.blogspot.com di sini hari ini.

Tambah Zulkifli, kes itu seperti mengulang kes Natrah apabila kewibawaan dan kemuliaan agama Islam dicabar dan pada masa itu alasannya adalah kerana negara diperintah oleh British.

“Tapi apakah alasan sama kita boleh gunakan sekarang. Dalam keadaan kita memerintah, dalam keadaan umat Islam menguasai 135 kerusi Parlimen yang walaupun bukan dua pertiga tetapi merupakan majoriti mutlak.

“Ia sepatutnya membolehkan kita menentukan hala tuju agama Islam dan membela serta mempertahankan maruah agama kita,” katanya.

Sumber : http://epondok.wordpress.com/2010/01/02/majlis-fatwa-perlu-segera-bertindak/
Teruskan membaca..

JPM akan kemuka rayuan berhubung kalimah Allah


Quantcast

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan perkataan “Allah” di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara.

Justeru itu, Menteri di JPM, Datuk Jamil Khir Baharom meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini supaya bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan.

“Dalam hal ini, saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, ” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan “Allah”.

Pada 16 Febuari tahun lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan “Allah” dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Jamil Khir juga berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 mencapai keputusan bersetuju bahawa lafaz “Allah” adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam.

Kandungan itu berbunyi: “Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

“Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – Bernama

Teruskan membaca..

Masih Ramai Pengguna Salah Faham Mengenai RON95 Oleh Soraya Jamal Siri akhir rencana mengenai isu pengguna KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Sebelu

Oleh Soraya Jamal


KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Sebelum ini setiap kali mengisi minyak petrol, Izzat Amir, hanya menumpukan perhatian pada nombor yang tertera di ruang harga.

Namun sejak pelarasan klasifikasi minyak petrol kepada dua jenis RON (Research Octane Number) -- RON95 dan RON97 -- September lalu, perhatian eksekutif muda ini lebih tertumpu kepada nombor RON yang tercatat.

Izzat berasakan minyak RON95 menjadikan enjin kereta Proton Waja Premium keluaran tahun 2003 miliknya kurang mantap dan mengeluarkan bunyi bising.

Berbeza pula dengan pengalaman P.Aravind yang mengatakan beliau menggunakan RON95 untuk kereta Peugeot 207cc dan berpuas hati dengan penggunaan petrol dan kecekapan enjinnya.

Walaupun berasa skeptikal pada mulanya, Aravind mencuba RON95 selepas melihat spesifikasi pada pelekat di penutup tangki minyak.

Tetapi yang mengecewakan beliau ialah terdapat pekerja di stesen minyak yang mengatakan tindakannya menggunakan petrol yang lebih 'murah' merosakkan enjin kereta.

Seperti Izzat dan Aravind, anda juga pasti pernah melihat minyak petrol yang diklasifikasi sebagai RON95 dan RON97 di stesen-stesen minyak, terbaca pelbagai isu berbangkit mengenainya dan mungkin juga sebagai pengguna, keliru dengan klasifikasi ini.

Kerajaan memperkenal minyak petrol RON95 bagi menggantikan RON92 yang dimansuh jualannya manakala RON97 menjadi petrol premium mulai 1 Sept lalu.

Meski pun telah dihebahkan dan diberi penerangan secara meluas, masih ramai yang salah faham mengenai keperluan klasifikasi RON ini.

APA ITU RON?

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Pada asasnya RON ialah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran.

Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan, biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.

Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal ini kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.

Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.

Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding perbezaan nilai RON.

Tambahnya lagi kelebihan jangka panjang dengan penggunaan RON95 ialah bila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M, proses penerimaan teknologi baru yang lebih cekap dan mesra alam daripada Eropah akan menjadi lebih mudah.

Menurut portal majalah kereta.com.my, di Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu RON91, RON95 dan RON98.

Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin daripada pengeluar yang berlainan.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

CUBA SEMUA JENAMA

Jika anda masih tidak berpuas hati, pendekatan Herlina Ahmad mungkin patut dicontohi.

Pensyarah muda yang memandu Toyota Avanza 1.3 keluaran tahun 2006 ini mencuba pelbagai jenama petrol RON95 yang terdapat di pasaran dan merekodkan jumlah perjalanan dan kos secara terperinci.

Beliau mendapati walaupun perbezaan tidak begitu ketara, dua jenama kurang efisien dari segi ekonomi, satu kurang cekap dan beliau berpuas hati dengan dua lagi jenama yang lain.

"Pikap kereta normal, kadang-kadang saya memecut hingga 140km sejam. Keluar dari simpang pun macam biasa," katanya.

Begitu juga dengan Noor Shafina Adullah yang menggunakan RON95 untuk kereta Kembara yang dipandunya sejak lapan tahun lalu.

"Setakat hari ini, tiada masalah. Saya rasa ia lebih kepada kesan psikologi. Kalau ada pun perbezaan saya rasakan ialah petrol RON95 syarikat A lebih menjimatkan atau efisyen dari syarikat B," katanya yang menggunakan petrol berselang-seli dengan gas NGV.

JANGAN MEMBAZIR

Jadi, sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisien. Mereka memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat 'mencuci', mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.

Enjin yang memerlukan nilai RON yang lebih tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI.

PERAKUAN PENGELUAR KERETA

Kesimpulannya, RON ialah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.

Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.

Antaranya, kumpulan Automotif Naza menggalakkan pemilik kenderaan Naza, KIA dan Peugeot yang menggunakan bahan api petrol menggunakan RON95.

Syarikat itu berkata RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.

UMW Toyota Motor juga mengeluarkan kenyataan petrol RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu.

Pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia itu berkata pemilik kereta-kereta ini, yang ketika ini menggunakan petrol RON97, boleh beralih kepada RON95 tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi.

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.

Honda Malaysia memberikan jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.

Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi.

-- BERNAMA
Teruskan membaca..

Friday, January 1, 2010

1Malaysia selari tuntutan Islam

Oleh Mohd Shahrizal Nasir
rencana@hmetro.com.my

KEJAYAAN Rasulullah s.a.w membina negara Islam daripada masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan membuktikan Islam mementingkan perpaduan dan keamanan.


Sebuah negara Islam bukan bermaksud semua warganya memiliki pegangan agama yang satu.


Titik persamaan dalam mencapai tuntutan hidup dijadikan asas pegangan kepada semua pihak bersatu tanpa memikirkan perbezaan kepercayaan, fahaman, budaya dan keturunan.

Bagi memenuhi keperluan dan tuntutan hidup, kita dibenarkan syarak bersatu dan bersepakat dengan masyarakat bukan Islam asalkan ia tidak menyentuh perkara membabitkan soal akidah.

Tiada istilah tolak ansur dalam menangani sebarang isu berkaitan soal akidah. Mengetepikan soal akidah serta bersikap sambil lewa mengenainya bermakna seseorang itu tergelincir daripada landasan Islam.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku." (surah al-Kafirun, ayat 4-6)

Masyarakat Islam, Yahudi dan golongan munafik yang mendiami bumi Madinah disatukan dengan satu piagam yang cukup bermakna berdasarkan situasi dan keperluan mereka. Piagam Madinah adalah antara langkah pertama yang dilakukan dalam pentadbiran Rasulullah s.a.w.

Masyarakat bukan Islam yang terdiri daripada tiga kaum utama Yahudi di Madinah iaitu bani Nadhir, Qainuqa' dan Quraizah diberi perlindungan serta kebenaran mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Segala hak mereka selaku sebahagian daripada warga negara Madinah tidak dinafikan sama sekali, malah diiktiraf masyarakat Islam yang mendiami bumi Madinah.

Allah s.w.t menjelaskan keadaan ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) daripada orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikit pun dan mereka tidak menolong seorang pun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertakwa." (surah al-Taubah, ayat 4).

Bagi menjamin keutuhan Piagam Madinah, ia melindungi orang yang bersetuju dan mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar.

Ini yang akhirnya membawa kepada penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah kerana mereka melanggar persetujuan yang dimeterai bersama.

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu)." (surah al-Anfal, ayat 56)

Kerangka sebuah negara Islam Madinah seharusnya dijadikan contoh ikutan kerana ia sangat praktikal untuk negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang agama, bangsa dan keturunan.

Dalam konteks Malaysia, pemahaman, pegangan dan penghormatan rakyat terhadap Perlembagaan Malaysia adalah resipi terbaik bagi mempertahankan kesejahteraan negara.

Konsep 1Malaysia selari dengan tuntutan agama kerana ia bermatlamat mengekal dan meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

Melalui konsep ini, setiap rakyat mempunyai hak yang sama dari sudut sosial, keselamatan, undang-undang, ekonomi serta pendidikan.

Inilah keindahan Islam yang mementingkan prinsip keadilan dalam setiap tingkah laku pengikutnya lebih-lebih lagi yang membabitkan soal pemerintahan sesebuah negara.

Allah s.w.t menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil." (surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Namun, dalam usaha mulia mengukuhkan hubungan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, umat Islam tidak harus alpa terhadap keperluan untuk mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama saudara Islam yang ditunjangi oleh asas akidah Islamiah.

Firman Allah s.w.t menjelaskan berkenaan perkara ini yang bermaksud: "Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Aku-lah Tuhan kamu; maka bertakwalah kamu kepada-Ku." (surah al-Mu'minun, ayat 52)

Sumber : myMetro

Teruskan membaca..

Impian rakyat negara maju




PADA tahun 2010 genap dua tahun Hamidah Mohamad Tahir, 54, berniaga aksesori dan pakaian di tapak lot KL Bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Biarpun diusahakan secara kecil-kecilan, ia cukup bermakna buat Hamidah kerana hasil jualan itulah yang menjadi sumber pendapatan buat dirinya sekeluarga.

Setiap hari sekitar pukul 9 pagi, Hamidah dan pembantunya mula sibuk memulakan operasi. Koleksi pakaian yang diimport dari negara seberang disusun cantik. Gelang tangan kristal yang dibeli dari Sabah pula diatur kemas dalam kotak.

"Bagi saya, 2009 merupakan tahun yang paling 'sakit' buat golongan peniaga kecil. Kami terpaksa berhadapan dengan kegawatan ekonomi.

"Sedih dibuatnya. Stok barangan melimpah dan memenuhi segenap ruang kedai. Tetapi pelanggan yang datang membeli belum cukup untuk balik modal apatah lagi hendak untung. Pendapatan cuma cukup untuk melangsaikan wang pekerja, bil dan sewa kedai," luah Hamidah ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Hamidah tidak menyangka dia dihimpit keperitan sebaik 2009 membuka tirai. Anak kelahiran Gombak, Selangor itu menyangka dia dapat membawa pulangan modal dan keuntungan memberangsangkan seperti tahun 2008.


RAKYAT diseru menyokong program 1Malaysia seperti yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua dari kanan).


Sebaliknya, dia terpaksa meningkatkan usaha jualan ke sana ke mari dan tidak boleh bergantung pada jualan di kedai semata-mata. Inisiatif itu perlu dilakukan supaya dia tidak terus mengalami kerugian.

"Peniaga kecil seperti kami memang terasa kesannya. Pelanggan mula berjimat-cermat sehingga sanggup membeli produk tiruan yang harganya lebih murah. Perlu diingat, peniaga besar ada aset, pelabur dan wang sokongan sekiranya mengalami kerugian.

"Tetapi bagi peniaga kecil, kami kena usaha dan kerja kuat. Untuk mendapatkan pinjaman bank agak sukar kerana kami perlu sediakan banyak dokumen dan penjamin. Persoalannya, siapa yang sudi menjadi penjamin?" luah Hamidah dalam nada sedih apabila ramai peniaga kecil terpaksa meminjam daripada ceti haram.

Hamidah menyatakan pada tahun 2008, dia mampu mengaut keuntungan bulanan antara RM5,000 hingga RM8,000 ke atas. Namun pada tahun 2009, untuk mendapatkan hasil jualan sebanyak RM3,000 pun cukup memeritkan.

Justeru, dia cukup berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk meringankan beban peniaga-peniaga kecil. Misalnya, kerajaan perlu telus dengan mengumumkan keadaan ekonomi dari semasa ke semasa. Jadi, golongan peniaga dapat bersiap sedia dari segi tempahan produk, pekerja dan fasiliti yang lain.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu turut menyarankan supaya kerajaan dan pihak berkuasa buka mata terhadap para peniaga warga asing.

Periuk nasi

Kehadiran kelompok tersebut bagaikan menutup periuk nasi peniaga kecil warga tempatan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk melariskan produk. Walaupun terpaksa menyewa tapak jualan yang mencecah RM4,000 sebulan ia langsung tidak menjadi masalah.

Ini kerana gerai jualan mereka tidak putus-putus dikunjungi pengunjung yang ingin mendapatkan barangan murah biarpun ia produk tiruan. Hasilnya, mereka mampu memperoleh hasil jualan yang berlipat ganda.

"Peniaga tempatan sukar buat begitu kerana ia akan menyebabkan kami mengalami kerugian besar. Peniaga asing boleh menjual murah kerana mereka membeli produk-produk tersebut di negara sendiri pada harga yang lebih murah.

"Misalnya, mereka boleh mendapatkan gelang tangan daripada pengilang pada harga RM2 dan menjualnya pada harga RM5 di sini. Pengilang pula menjual kepada kami pada harga mencecah RM5. Sebab itu kami terpaksa jual sekitar RM7 hingga RM10," kata Hamidah yang benar-benar berharap kerajaan melakukan sesuatu bagi menangani masalah tersebut.

Hamidah sempat menyatakan tinggal sedekad saja lagi negara untuk mencapai Wawasan 2020. Jadi, beliau berharap pihak kerajaan sudah bersedia dengan pendekatan dan strategi yang boleh memantapkan ekonomi negara.

Cabaran ekonomi

Sebagai contoh, menawarkan beberapa program yang boleh memantapkan perniagaan usahawan kecil agar dapat berdaya saing dengan usahawan besar dalam mempertingkatkan ekonomi negara menjelang tahun 2020.

Hari ini kita sudah memasuki tirai tahun 2010. Ini bermakna tinggal sedekad saja lagi untuk Malaysia melangkah ke Wawasan 2020 yang telah dibentangkan oleh Tun Mahathir Mohammad pada Mesyuarat Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.

Barangkali segelintir pihak sudah lupa tentang Wawasan 2020 yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan maju menjelang tahun 2020.

Kemajuan yang dimaksudkan meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Dalam menentukan kejayaan misi tersebut, terdapat sembilan cabaran yang perlu diharungi. Namun secara rumusannya kesemua cabaran itu lebih tertumpu pada bidang ekonomi dan hubungan perkauman.

Dalam cabaran kelapan, tertera iltizam berkaitan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Maksudnya, masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama. Wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.


JIKA apa yang dirancang berjalan lancar bukanlah sesuatu yang mustahil pendapatan rakyat Malaysia menyamai pendapatan penduduk Singapura. - Gambar hiasan


"Keadilan ekonomi yang dimaksudkan ialah keadaan ekonomi sesebuah negara yang tidak dimonopoli oleh satu-satu bangsa atau golongan sahaja.

"Contoh yang paling hampir apabila wujudnya tanggapan kaum Cina lebih tertumpu dalam bidang perniagaan. Manakala orang Melayu pula hanya menjadi kakitangan kerajaan. Persepsi itu harus diubah kerana pastinya terdapat dalam kalangan orang Cina yang ingin menjadi kakitangan kerajaan, begitu juga dengan orang Melayu yang mahu menjadi ahli perniagaan berjaya.

"Mengapa aspek ekonomi perlu dititikberatkan? Sebabnya, peranan ekonomi biasanya menjadi faktor utama yang digunakan dalam menentukan status sesebuah negara sama ada membangun atau maju," ujar Pensyarah Pengurusan Strategik Universiti Utara Malaysia (UUM) dan penganalisis ekonomi, Haim Hilman Abdullah.

Misalnya faktor pendapatan per kapita, Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tahap industrialisasi seringkali dijadikan asas penilaian. Faktor-faktor lain seperti Indeks Pembangunan Manusia yang menggabungkan aspek ekonomi, pendapatan negara, indeks jangka hayat dan pendidikan juga digunakan.

Pada dasarnya negara maju mempunyai Indeks Pembangunan Manusia yang sangat tinggi. Sebagai contoh, kadar pendapatan per kapita rakyat Malaysia hari ini sekitar RM21,500 setahun. Kadar itu sangat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pendapatan per kapita rakyat Singapura iaitu sekitar RM106,000 setahun.

Tambah Haim, membandingkan Malaysia dengan Singapura mungkin tidak begitu sesuai kerana republik itu mempunyai empat juta penduduk sahaja. Oleh itu, perbandingan terbaik untuk Malaysia barangkali ialah Korea Selatan dan Taiwan. Pada era 70-an, kedua-dua negara itu lebih mundur berbanding Malaysia.

Namun kini, penduduk negara tersebut telah mencatat pendapatan tiga kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan rakyat Malaysia. Inilah cabaran yang harus dilunaskan oleh kerajaan dan rakyat.

Adakah Malaysia mempunyai masa untuk mencapai Wawasan 2020? Haim menyifatkan ia bergantung kepada kerjasama daripada semua pihak. Melihat situasi Malaysia pada hari ini sudah tergambar kesukaran untuk merealisasikan misi tersebut seandainya tiada sebarang perubahan terutama dalam model ekonomi negara.


MEMBANGKITKAN isu perkauman yang mencetuskan kemarahan kaum lain hanya merugikan negara.


Jelas Haim, satu model ekonomi baru yang terancang wajar digubal. Rakyat di segenap lapisan masyarakat perlu memahami inti pati model ekonomi baru itu dan tahu apakah peranan mereka. Usaha mencapai negara maju bukan terletak di bahu kerajaan sahaja, tetapi perlu turut disertai oleh pihak swasta dan rakyat.

Tetapkan objektif

Justeru, dalam tempoh sepuluh tahun terakhir kerajaan perlu membahagikan beberapa fasa perancangan. Tetapkan objektif, strategi, program dan bajet secara terperinci.

"Selain itu, kita perlu mengenal pasti PetunjukPrestasi Utama (KPI) bagi memastikan setiap yang dirancang mencapai sasarannya. Sasaran mencapai kadar pertumbuhan KDNK 5.5 peratus setahun atau lebih tinggi bermula dari 2011 sehingga 2020 mampu membantu negara menjadi negara maju pada tahun 2020," ulas Haim.

Haim juga berharap Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang akan dibentangkan tidak lama lagi mampu menjadi memangkin persekitaran ekonomi yang mesra sektor perkhidmatan selain menitikberatkan aspek inovasi dan nilai tambah sektor pembuatan sedia ada.

Usaha mewujudkan aspek servitization produk juga harus digembleng secara terancang. Ini kerana sektor pembuatan dan komoditi masih mampu menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sekiranya semua dapat direalisasikan, maka adalah tidak mustahil rakyat Malaysia menjadi kaya empat kali ganda. Pendapatan kita juga setaraf dengan pendapatan rakyat Singapura, Korea dan Taiwan yang pada satu ketika dahulu sama taraf dengan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah Sosiologi, Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Fatimah Daud menjelaskan, apabila ekonomi negara maju dan meningkat, rakyat akan gembira menjalani kehidupan yang stabil. Secara tidak langsung Wawasan 2020 dapat dicapai dengan sempurna.

Dengan itu tercapailah hasrat mantan Perdana Menteri keempat, Tun Mahathir Mohamad agar Malaysia menjadi sebuah negara industri dan benar-benar maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan kita sendiri.

Daripada sembilan cabaran mencapai Wawasan 2020, cabaran terbesar yang perlu diatasi ialah cabaran sosial, psikologi, budaya dan politik. Maka, rakyat Malaysia harus berganding bahu dan elakkan daripada membangkitkan isu perkauman yang boleh mencetuskan kemarahan dan perbalahan antara kaum.

"Insiden ini perlu dielakkan sama sekali. Bayangkan apabila rakyat hidup dalam keadaan kucar-kacir dan bergaduh, bagaimana kita hendak bekerja dalam memantapkan aspek ekonomi negara?

"Kesannya, kita mengalami masalah untuk menukar status negara kepada negara maju menjelang tahun 2020," ujar Fatimah yang menyarankan masyarakat tempatan menyokong program 1Malaysia yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber : Utusan Malaysia

Teruskan membaca..

Tok Mat Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pagi Jumaat.

Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, Jumaat.

Nur Jazlan berkata allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Beliau berkata allahyarham bapanya perlu menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Sinonim dengan gelaran 'Tok Mat', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.

Selain itu, allahyarham menyandang jawatan setiausaha agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung Barisan Nasional dari 1988 sehingga 1999.

Semasa menjadi Menteri Penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.

Ketegasannya juga turut ditampilkan antaranya dalam menyelesaikan isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut panjang mereka jika mahu menyertai program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Antara yang mematuhi arahan beliau ialah kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya Awie dan kumpulan Search dengan penyanyi utamanya Amy.BERNAMA
Teruskan membaca..

Kerajaan digesa cepat buat rayuan



Musa Awang, Muhamad Burok

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Kerajaan digesa mempercepatkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menggunakan saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu yang disifatkan merobek sensitiviti umat Islam.

“ABIM juga memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk menghentikan segera polemik penggunaan kalimah Allah ini.

“Gesaan ini selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja-raja Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Mohamad Raimi berkata, keputusan itu tidak bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di antara agama-agama lain di negara ini.

“Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau autoriti agama Islam adalah tidak sah,” katanya.

Timbalan Presiden Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang pula berkata, keputusan itu bukan sahaja satu pukulan yang hebat terhadap agama Islam.

Menurutnya, PGSM tetap berpendirian perkataan Allah hanya eksklusif kepada penganut Islam.

“Bagaimanapun, PGSM akur dengan keputusan tersebut kerana menghormati mahkamah, namun akan mengkaji keputusan itu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk membawanya ke mahkamah yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim, Muhamad Burok turut kecewa dengan keputusan itu dan mahu kerajaan mengambil langkah sewajarnya kerana perkataan Allah bukan satu mainan terutamanya untuk orang bukan Islam.

Menurutnya, perkataan Allah ditauhidkan sebagai ‘satu’ dan bukannya tuhan seperti yang difahami orang bukan Islam.

“Umat Islam memahami penggunaan perkataan Allah mengikut syahadah iaitu Allah adalah satu dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah dan ini bertentangan dengan pemahaman orang bukan Islam,” katanya.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, keputusan itu dilihat bertentangan dengan undang-undang yang terdapat di 10 negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

“JIM berasakan perlu penglibatan Mahkamah Syariah dalam isu melibatkan penggunaan kalimah Allah,” katanya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz pula berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan bersama KDN untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Menurutnya, dalam konteks masyarakat Malaysia dan Melayu, kalimah Allah adalah bersifat eksklusif yang hanya merujuk kepada konsep tuhan yang difahami oleh umat Islam sahaja.

Sumber : Utusan Malaysia

Teruskan membaca..

Gereja dibenar guna kalimah Allah

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam penghakiman lisannya, hakim itu menyatakan, perintah larangan yang dikeluarkan menyatakan penggunaan perkataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan umat Islam serta menggugat ketenteraman negara.

‘‘Pihak responden dalam hujahnya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti bagaimana penggunaan perkataan Allah boleh mengganggu ketenteraman awam,’’ katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan itu menggunakan perkataan ‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Hakim Bee Lan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam Herald-The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan Allah bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Sejurus keputusan itu diumumkan, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said meminta penjelasan sama ada ketetapan tersebut mempengaruhi permit penerbitan berkenaan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2010.

Ini kerana, katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan larangan terhadap permit bertarikh 1 Januari hingga 31 Disember 2009.

Peguam Porres Royan yang mewakili gereja itu sebaliknya menyatakan keputusan telah pun dikeluarkan hari ini dan terpulang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mentafsirkannya.

Sumber : Utusan Malaysia

Teruskan membaca..

Thursday, December 31, 2009

Merenung Masa Depan.......


merenung masa depan

jangan ditoleh lagi masa nan lalu

merenung masa depan

jangan dikenang barang yang lepas

merenung masa depan

jangan dikisah sejarah lalu

merenung masa depan

renunglah ke depan

sejauh mana langkah

kan berlari

untuk mengejar masa depan

yang semuanya

adalah milik

Alllah SWT.



ILHAM IKHLASKU:

rohani mohd.usak
11.51 malam waktu Malaysia
31.12.2009-khamis

Teruskan membaca..

Assalammualaikum Cikgu!

“Asalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.

Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita. Guru berada bersama murid selama hampir enam jam sehari. Jumlah ini tidak termasuk waktu menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

Guru bukan sahaja menjalankan tugas untuk mengajar tetapi mempunyai berbagai tanggungjawab yang lain.

Pembimbing: Guru kita ialah seorang pembimbing yang sentiasa memberi nasihat, tunjuk ajar dan pedoman ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kata-kata nasihat yang diberikan tidak seharusnya diambil ringan. Ia harus dihormati dan digunakan dalam kehidupan. Ia juga merupakan seorang motivator yang sentiasa membakar semangat murid-murid ketika berada dalam keadaan yang kecewa untuk terus berusaha menghadapi cabaran dan menempah kejayaan.

Penjaga: Selain daripada pembimbing guru juga merupakan seorang penjaga kerana pada masa itu ibu bapa murid sedang bekerja. Oleh itu sebagai seorang penjaga tindakan mereka samalah seperti tindakan ibu bapa murid-murid sendiri. Ada ketikanya seseorang guru itu marah dan mengenakan denda sekiranya murid-murid melakukan kesilapan atau melanggari peraturan sekolah. Ada ketikanya pula guru-guru akan gembira dan memberi ganjaran jika murid-muridnya berkelakuan baik dan menumpukan segala perhatian terhadap pelajaran.

Pemudahcara: Guru juga merupakan seorang pemudahcara iaitu menyelesaikan masalah murid terutamanya dalam pembelajaran. Murid bebas bertanya kepada guru tentang masalah pembelajarannya sekiranya murid tidak memahami sesuatu topik. Walau bagaimanapun usaha yang gigih dan ikhlas daripada murid perlulah digandakan dan janganlah terlalu mengharapkan bantuan guru semata-mata. Dengan hanya mengharapkan bantuan guru sahaja akan menjadikan seseorang murid itu malas.

Guru tidak meminta apa-apa balasan daripada murid atas segala tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Harapan mereka agar segala tindakan yang mereka lakukan itu dapat dihargai oleh murid-murid dengan mengikuti segala nasihat yang diberi dan digunakan dalam kehidupan.

Teruskan membaca..

Jari Putus dihempap Meja Guru

Oleh Amir Abd Hamid



KUALA LUMPUR: “Saya sedih apabila anak menangis tersedu-sedu meminta saya mengutip jarinya yang putus dan kemudian menyuruh saya menyambung semula jari itu...tetapi saya tidak berdaya kerana ia mustahil sebab jari itu sudah mereput,” kata seorang ibu, Suziana Che Saad, 28.


Anak lelakinya, Mohd Farisz Daniel Mohd Azizi yang berusia lima tahun mengalami reput jari hingga terlerai akibat dihempap meja guru ketika berlatih taekwondo di sebuah tadika di Jalan Gasing, Petaling Jaya, dekat sini, pada 20 Oktober lalu.

Kejadian berlaku apabila rakan kanak-kanak terbabit, bermain-main di atas meja berkenaan sebelum rakannya itu tergelincir dan menyebabkan meja itu jatuh lalu menghempap jari kaki kanan Mohd Farisz Daniel.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja. Tiba-tiba suami, Mohd Azizi Mustapha, 29, menelefon memberitahu Farisz mendapat kemalangan kecil di tempat belajar.


“Ketika itu suami menyatakan dia akan terus ke sebuah klinik kerana guru tadika yang mengajar kelas taekwondo anak sudah membawa Farisz ke klinik.


“Sebaik suami pulang ke rumah di Taman Mawar, Puchong, saya terkejut melihat keadaan kaki anak membengkak dan berdarah,” katanya.

Susulan itu, Suziana dan suami membawa anak sulung mereka itu mendapatkan rawatan doktor pakar di Hospital Assunta, Petaling Jaya dan doktor memberitahu sebahagian urat dan pembuluh darah di jari kaki kanan anaknya itu sudah mati.

Bagaimanapun, Suziana dan suaminya enggan membenarkan doktor memotong sebahagian jari kaki kanan Mohd Farisz Daniel yang parah akibat dihempap meja itu kerana berharap ia akan sembuh walaupun rawatan X-ray mendapati tidak akan dapat diselamatkan.

Tetapi harapan itu musnah apabila sehari sebelum hari jadi Mohd Farisz Denial pada 28 November lalu kira-kira jam 9 malam, kanak-kanak itu meraung secara tiba-tiba ketika dia sedang bermain di ruang tamu rumah.

“Saya ingatkan kenapa? Rupa-rupanya Mohd Farisz Daniel menunjukkan ketulan hitam yang katanya lipas. Saya terkejut apabila mendapati lipas yang disangka Farisz itu sebenarnya jarinya yang lerai kerana reput.

“Dia merayu tersedu-sedu meminta saya menyambung semula jari kakinya itu. Puas saya memujuknya supaya reda dia kehilangan jarinya itu,” katanya yang mempunyai seorang lagi cahaya mata, Muhammad Faszrell Daniel berusia lima bulan.

Sementara itu, Mohd Azizi berkata, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Petaling di sini berhubung kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Katanya, dia dan isteri juga sedang mendapatkan khidmat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan tadika swasta itu kerana cuai.

“Jari anak saya tak ternilai harganya, sebenarnya ini bukan sebab wang tapi lebih kepada tanggungjawab. Pihak pengurusan tadika itu dan guru taekwondo terbabit hanya melawat ketika di hospital.

“Tiada langsung tindakan susulan mereka selepas itu. Guru taekwondo terbabit berjanji menanggung kos rawatan, tetapi janji hanya tinggal janji. Setakat ini, satu sen pun tidak diterima daripada mana-mana pihak.

“Lebih teruk, bapa kanak-kanak yang memanjat meja itu hanya memberikan hamper dan meminta maaf,” katanya.

Sumber : myMetro

Teruskan membaca..

Wednesday, December 30, 2009

Bekas Presiden Indonesia Gus Dur Meninggal Dunia

Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 30 Dis (Bernama) -- Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid, 69, yang lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) di Jakarta pada kira-kira pukul 6.45 petang waktu Indonesia Barat.


Setakat ini belum ada kenyataan dibuat mengenai sebab kematian beliau, namun sejak kebelakangan ini bekas presiden Indonesia itu telah beberapa kali diberikan rawatan di hospital itu kerana masalah kesihatannya.


Setiausaha peribadi Gus Dur, Sulaeman yang dipetik oleh agensi berita Antara berkata keadaan kesihatan Gus Dur semakin merosot hari ini dan telah dilawati seluruh anggota keluarga terdekat serta tokoh-tokoh pertubuhan Nahdatul Ulama (NU) di hospital itu.


Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melawat Gus Dur di hospital itu pada pukul 6.30 petang ini dan berada di situ selama setengah jam. Turut melawat beliau hari ini ialah menteri-menteri kabinet Indonesia.


Susilo akan mengeluarkan kenyataan mengenai kematian Gus Dur, yang merupakan "Bapa Bangsa" Indonesia, kata Antara.


Pada kira-kira pukul 10 malam ini, jenazah Gus Dur telah dibawa keluar dari hospital itu untuk ditempatkan di kediamannya di Ciganjur, Jakarta Selatan.


Gus Dur, yang merupakan Presiden Indonesia keempat dari 1999 hingga 2001, ialah pengasas Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), sebuah parti politik yang berasaskan Islam.


Beliau menggantikan Presiden B.J. Habibie setelah dipilih oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) hasil pilihan raya umum (Pemilu) 1999.


Dilahirkan pada 4 Ogos, 1940, di Jombang, Jawa Timur, Gus Dur antara lainnya mendapat pendidikan di Universiti Baghdad, Iraq di Fakulti Adad Jurusan Sastera Arab pada tahun 1966 hingga 1970, serta Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir di Fakulti Syariah dari tahun 1964 hingga tahun 1966.


Beliau meninggalkan seorang balu Sinta Nuriyah dan empat orang anak perempuan.


-- BERNAMA

Teruskan membaca..

Pelantikan pemegang Sarjana Pendidikan sebagai guru bergantung kekosongan

PUTRAJAYA 30 Dis. — Pelantikan lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai guru bergantung kepada pengkhususan yang dipilih serta kekosongan jawatan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata tidak semua graduan bidang itu dapat diterima kerana terdapat juga lepasan daripada institusi pendidikan guru yang telah diberikan latihan mengikut keperluan semasa.

"Masalah sekarang ialah graduan lepasan pendidikan IPTA melebihi penawaran.

Kita kenalah tengok pengkhususan dan opsyen yang dipilih oleh graduan IPTA itu, mungkin bidang yang dipilih graduan itu sudah mencukupi buat masa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai rungutan lepasan IPTA dalam bidang pendidikan bahawa mereka sukar mendapat pekerjaan sebagai guru.

Mohd Puad berkata pengadu boleh mengemukakan aduan kepada kementerian yang akan membantu mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu beliau merasmikan Hari Kualiti dan menyampaikan Anugerah Kualiti peringkat Kementerian Pelajaran. Pada majlis itu Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran menerima Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Core Jabatan Pelajaran Perak memenangi Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran manakala Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Pelajaran dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Star, Kedah.

— BERNAMA

Teruskan membaca..

Ditangkap kerana berkhalwat.....ish..ish...ish...ish...ish......

Teruskan membaca..

Katakan ' tak nak pada rokok '

Teruskan membaca..

Tuesday, December 29, 2009

Komputer riba (e-book) Untuk murid-murid Tahun 4 Dan 5

29 Disember, 2009 15:12 PM

Terengganu Peruntuk RM50 Juta Untuk Bekal E-Book Tahun Depan

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2010 untuk membekalkan 50,000 unit komputer riba (e-book) kepada pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata peruntukan tersebut meningkat berbanding RM25 juta tahun ini.

"Tahun depan, kita akan mengagihkan 50,000 komputer riba kepada pelajar-pelajar Tahun Empat dan Lima, berbanding tahun ini kita beri hanya kepada pelajar Tahun Lima sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, di sini, Selasa.

Ahmad Razif berkata peningkatan peruntukan itu menggambarkan bahawa kerajaan negeri begitu mengambil berat terhadap bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan di negeri itu pada masa depan.

Di samping itu, beliau berkata kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk memastikan Terengganu terus cemerlang dalam bidang pelajaran di bawah program "Terengganu Terbilang" tahun depan.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri mensasarkan 20 peratus pelajar mendapat 'A' dalam semua mata pelajaran bagi UPSR dan PMR tahun depan, berbanding 15.3 peratus tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berkata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said akan melancarkan pelan strategik peringkat negeri, awal tahun depan bagi mencapai sasaran tersebut.

Menurutnya antara pelan strategik tersebut ialah fokus dalam bidang akademik di samping mengatasi isu-isu di sekolah dan juga masalah disiplin dan lain-lain.

Selain itu, katanya kerajaan negeri akan turut memberikan fokus dalam bidang pertanian di sekolah-sekolah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memberi tumpuan dalam bidang pertanian.

Dalam hal ini, beliau berkata lepasan universiti dalam bidang pertanian mungkin akan diminta membantu pelajar yang berminat dalam bidang pertanian untuk berkebun di sekolah.

Sumber : BERNAMA

Teruskan membaca..

Monday, December 28, 2009

How Do You Ensure The Maid Can Be Trusted With Your Children?

See how they interact
I had an Indonesian maid whom I had problems with. She was actually hired to take care of my mother. But when we had our child we developed problems with her because she wanted to assume the role of the mother. She was with us for a year before we had our baby. But she wanted to do the bonding when the baby came. She wanted to do everything and I had to put a stop to that. I said I brought you here to take care of my mother, not my child. And then she started showing her true colours because she started doing a poor job even with my mum. My mum's forehead was bruised after she fell down one night. I don't know what happened.

I then decided that I didn't want an Indonesian maid so I decided to send her back and go for a Sri Lankan maid because of the language. A Sri Lankan maid would be able to speak in English and she would be able to converse with my child and husband too. When I applied for this maid I specified that she would have to take care of an elderly parent but also that she would assist me sometimes in taking care of my child. I've not hired the maid for the child because I prefer to be a hands-on mother and I'm at home all the time. Actually I always take my daughter Renelle with me when I go out.

I gave it a few months to see how the maid and Renelle interacted. Then slowly I would leave her downstairs with the maid and go upstairs for a while. I observed that she was okay and that they would play. Renelle thought the maid was another child, someone her own age because they'd run around and play with the ball. But I would still take Renelle out with me. I don't want her to be brought up by the maid. That's the whole idea of parenthood. I'm also fortunate because my retired sister lives with us and she's at home too. So on the few occasions I do go out without Renelle, my sister is there to keep an eye on things. - Maureen Nagle, mother of a 21-month toddler

Religious maid
My children are grown up so it's not an issue anymore. The maid that we have has been with us for four years. She's capable and trustworthy. Initially when she first came I kept an eye on her to make sure she was okay with my kids. She's actually quite a religious person and I trust her. So far there's nothing that she's done that has upset us. We cannot just be suspicious of her for no reason. Moreover the children like her. Unlike the previous maid whom the children didn't like. If your children don't like the maid I think that means she must've done something for them not to like her. - Shoba Raman, mother of two boys and a girl aged between eight and 14

Husband monitors
When I took my two maids on, they were referred to me by previous maids. They are relatives of my previous maids so we know the family, we know where they come from. So far so good. We also monitor them. I was thinking of putting a surveillance camera to monitor them but my husband said he is the best monitor we could have because his schedule is not fixed. So he can just pop in at noon or 4pm, in between his work he can just drop by so it's not easy for them to plan anything. – Maznida Mokhtar, mother of three girls and one boy aged between two and eight years old
click here
Teruskan membaca..

Rezeki Di Malaysia

'Malaysia ubah nasib kami'

Demi memperoleh kehidupan dan pendapatan yang lebih baik, Ahmad dan isterinya sanggup meninggalkan keluarga di kampung halaman untuk berdepan dengan cabaran hidup di Malaysia.



EMPAT tahun lalu, Ahmad Solihin, 36, dari Jawa Timur, Indonesia tekad untuk merantau ke Kuala Lumpur.

Berbekalkan sedikit wang perbelanjaan, harapannya ke Malaysia adalah untuk mendapatkan pekerjaan.

Nasib menyelebelahi Ahmad kerana sejurus tiba di Kuala Lumpur dia ditawarkan bekerja sebagai tukang cat. Kebetulan, Ahmad mempunyai ramai kenalan di Malaysia, jadi tidak sukar baginya mendapatkan pekerjaan.Kosmo!

Teruskan membaca..

Perpustakaan Dalam Pasar Raya

Perpustakaan Siber Ilmu AEON Jusco yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang menerima sekurang-kurangnya 100 pengunjung setiap hari.




MEMBACA sambil membeli-belah. Bunyinya tidak pelik, tetapi menarik terutama bagi ulat buku yang pada masa sama ingin menghabiskan masa bersantai di kompleks beli-belah. Kosmo!

Teruskan membaca..

Harga Rokok Mahal.

Harga minimum rokok RM6.40 - Usaha mencegah kanak-kanak, remaja daripada terjebak dalam tabiat merokok


PERATURAN harga minimum diharap dapat menyekat golongan kanak-kanak dan remaja daripada membeli rokok. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tegas beliau, banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok sebanyak 3.8 peratus," katanya.

Menurut beliau, peraturan baru itu dikuatkuasakan melalui Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang telah diwartakan.

Sumber : Kosmo!

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...