Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Sahabat Maya :
Friday, December 4, 2009
AMALAN PELAJAR CEMERLANG
1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.
2. Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).
3. Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).
4. Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.
5. Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.
6. Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.
7. Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.
8. Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).
9. Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.
10. Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.
11. Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.
12. Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.
13. Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.
14. Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.
Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid 1 = " Orang tua " Murid 2 = " Guru " Murid 3 = " Teman " Murid 4 = " Kaum kerabat " Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)
Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" Murid 1 = " Negeri Cina " Murid 2 = " Bulan " Murid 3 = " Matahari " Murid 4 = " Bintang-bintang " Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama"
Iman Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini ?" Murid 1 = " Gunung " Murid 2 = " Matahari " Murid 3 = " Bumi " Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI="Apa yang paling berat didunia? " Murid 1 = " Baja " Murid 2 = " Besi " Murid 3 = " Gajah " Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini ?" Murid 1 = " Kapas" Murid 2 = " Angin " Murid 3 = " Debu " Murid 4 = " Daun-daun" Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? " Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang " Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITUBUAH FIKIRAN,ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP,MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yangbergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "
Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerana senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah
**************
Diam..
Diam adalah merupakan suatu perbuatan menyepikan diri dan mulut dari memberi reaksi terhadap suatu perkara atau situasi yang berlaku. Orang tua-tua selalu berpesan, diam adalah lebih baik dari berkata-kata. Kerana diam adakalanya boleh menyelamatkan kita dari sebarang situasi yang tidak kena keadaannya.
Diam..
Pelbagai tafsiran boleh diberikan apabila kita melihat seseorang itu diam. Pada zaman dahulu misalnya, anak dara disuruh diam bila pihak lelaki datang merisik dan meminta persetujuan. Maka lahirlah ungkapan 'Diam tanda setuju'. Pun begitu, dalam segala hal tidak semestinya diam itu menandakan setuju. Kerana pada zaman ini, mendiamkan diri dalam konteks hubungan sesama manusia boleh membawa pelbagai maksud. Menyuarakan bantahan terhadap sesuatu perkara tetapi tidak diendahkan - maka diam adalah jalan terbaik, walaupun hati mengatakan sebaliknya.
Diam..
Lebih banyak diam dari berkata-kata bukan menandakan kebodohan kita dalam sesuatu perkara. Sebab, lebih baik kita diam dari berbicara sekiranya bila kita berkata-kata, seakan nampak semacam kebodohan di mata mereka yang melihat. Itu lebih baik dari bersikap pura-pura tahu tapi sebenarnya tidak tahu - sifat tin kosong yang bunyinya melenting-lenting apabila diketuk tapi isinya tiada. Seeloknya kita menjadi diam-diam ubi yang berisi. Diam juga bukan menandakan lemah. Kerana dalam diam dan tenangnya air, boleh menenggelamkan sebuah benua apabila banjir melanda. Tetapi janganlah kita mendiamkan diri apabila ditindas dan ingin menyuarakan kebenaran. Kerana ia hanya menyebabkan hak kita dinafikan oleh si penggila kuasa yang tamak dan merasakan dirinya berkuasa.
Diam..
Dalam agama juga menuntut agar kita lebih banyak diam dari berkata-kata, kerana tajamnya lidah melebihi pisau - yang bisa melukakan hati dan perasaan sesama manusia apabila disalahguna semasa menuturkan bicara. Kerana mulut badan binasa. Fitnah, mengumpat, mengeji dan mengadu domba - boleh saja menyebabkan retaknya hubungan sesama saudara, semuanya berpunca dari mulut yang tidak tahu diam dari menuturkan ayat-ayat yang berbisa.
Percaya atau tak, sebenarnye kucing kesayangan korang terlibat dalam satu konspirasi untuk membunuh korang. Diorang pun tak dapat tolong korang, sebab tu memang dah jadi tabiat diorang. Tak percaya? Cuba tengok tanda-tanda ni…. kalau kucing kesayangan korang ade sikap-sikap macam ni, baik korang hati-hati..huhu
Sebenarnya, fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama kali. Anak kucing ni sebenarnya dilahirkan normal kemudian mula tumbuh bulu membentuk sayap.
Saintis percaya bahawa ia disebabkan mutasi gen dari bahan kimia semasa dalam kandungan ibunya..Walaubagaimanapun sayap tu tak menggangu kehidupan anak kucing tu.
CERITA 2
Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi,China, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa.
Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm.
“Pada awalnya terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan”, nenek Feng menjelaskan.
Kite semua dah tahu kan ape jadi kat Hiroshima dan Nagasaki yang telah dimusnahkan pada Ogos 1945 dengan serangan bom Atom oleh tentera AS… Bandar diorang musnah sama sekali dengan serangan tu
Tapi selepas 62 tahun diorang bangun semula…sape sangka bandar ni pernah hancur suatu ketika dulu…
Songjiang, berdekatan dengan Shanghai makin lama makin terkenal dengan industri perlancongan disebabkan keunikan lanskap dan keindahan alam semulajadinya. Dan sekarang diorang tengah buat Songjiang Hotel yang dijangka dapat menarik lagi ramai pelancong.
Ap yang bagusnya: -ada 400 Bilik -100 meter dari atas -ada restoran,cafe, kemudahan sukan, bilik dalam air dll -air terjun -underwater aquarium (macam kat langkawi)
Design ni memang mesra alam,
“We drew our inspiration from the quarry setting itself, adopting the image of a green hill cascading down the natural rock face as a series of terraced landscaped hanging gardens.”
Cuba lihat design di Malaysia, kalau kat situ ada tasik diorang kambus dengan tanah bagi rata. Ini boleh menyebabkan banjir. Sepatutnya diorang kekalkan lanskapnya. Boleh elakkan bencana disamping menjaga khazanahNya.
SESIAPA saja akan tertarik dan jatuh cinta jika memandang bunga mawar mekar di kelilingi pepohon renek dan rumput menghijau di laman. Namun, untuk menanam sendiri mawar di laman, ramai yang mengelak kerana berpendapat pokok berkenaan sukar dijaga dan perlu penjagaan rapi. Berikut adalah teknik yang betul... "Kita perlu lahirkan rasa cinta jika mahu menanam mawar sebagaimana bunga berkenaan sering dikaitkan sebagai lambang cinta. Kita juga tidak perlu menggunakan baja kimia kerana ia boleh menyebabkan pokok tidak sihat. Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan” .....Inilah pesan bijak bestari dalam soal penanaman pokok mawar.
Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.
Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain.
Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.
Ubat sembur dan baja khas untuk mawar.
Selepas tanah dibersihkan dan dicampurkan dengan tanah kompos, dan tanam anak pokok bunga seperti biasa. Kemudian, pokok berkenaan perlu disiram dua kali sehari, pagi dan petang. Air yang disiram mesti sampai ke atas bukannya hanya semburan biasa yang hanya terkena kepada daun. Seeloknya untuk pokok mawar dalam pasu air perlu membasahi tanah bagi membolehkan akar mendapat air secukupnya. Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja khas yang terdiri daripada isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit. semburan daripada bahan organik dihasilkan untuk mengelakkan serangan virus, daun nampak lebih segar dan bertindak sebagai anti fungus.
Baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar. Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga. Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok. Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar. Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.
Fakta Mawar
Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.
Setulus penghargaan - Rohaniza Idris roha@bharian.com.my- dikutip dan disebarkan...