Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
SEPANG: Universiti Al-Azhar, Mesir akan membuka cawangannya di
Malaysia bagi memberi peluang kepada pelajar di negara ini melanjutkan
pengajian terutama dalam bidang Usuluddin, Syariah dan bahasa Arab.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, perkara
berkenaan dipersetujui Naib Presiden Universiti Al-Azhar dalam pertemuan
beliau bersama pengurusan universiti itu.
"Berita gembira ketika di Mesir semalam apabila kita berpeluang berjumpa
beliau (Naib Presiden Universiti Al-Azhar) dan mereka secara prinsipnya
bersetuju membuka kampus di Malaysia.
"Kita akan menamakan universiti ini ialah Universiti Al-Azhar
Tuanku Mukhriz dan ia akan dibuka di Nilai, Negeri Sembilan serta
dijangka beroperasi bermula September 2014," katanya ketika ditemui di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebaik tiba
dari Mesir, hari ini.