Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
KUALA LUMPUR: Novel "Konserto Terakhir" karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, akan menggantikan novel "Interlok" sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Tingkatan 5 mulai tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata penggantian teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu membabitkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.
"Novel Konserto Terakhir sudah melalui proses penyaringan dan pemilihan yang ditetapkan, dan sesuai digunakan sebagai teks Komsas berdasarkan nilai dan mutu karya yang dihasilkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada 14 Disember lalu, Kabinet memutuskan penggunaan novel Interlok yang juga karya Abdullah, sebagai teks Komsas Tingkatan Lima tidak akan diteruskan mulai tahun depan.
Keputusan itu dibuat berikutan timbulnya rasa kurang senang sesetangah masyarakat selain bagi mengelak pihak tertentu daripada terus mempolemikkannya.
Novel Konserto Terakhir yang pernah dijadikan teks Komsas Tingkatan Lima di Zon Dua dari 2000 hingga 2010, berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. - BERNAMA
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Johor menurun kepada 1,826 orang setakat 6 petang tadi, berbanding 2,991 pada sebelah pagi.
Menurut laporan portal banjir Majlis Keselamatan Negara, sebanyak 18 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu lapan di Kluang, lima di Batu Pahat, empat di Segamat dan satu di Pontian. Cuaca baik pada hari ini turut menyumbang kepada penurunan paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat, dari tahap bahaya pada 6 meter kepada tahap amaran pada 5.82 meter.
Paras Sungai Simpang Kiri di Sri Medan, Batu Pahat dan Empangan Macap di Kluang yang berada pada status amaran pada sebelah pagi kini kembali kepada status normal.
Sungai lain yang parasnya masih berada pada status amaran ialah Sungai Muar di Kampung Awat dan Buloh Kasap di Segamat serta Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat. - BERNAMA
Billionaire adventurer Richard Branson may have large-scale plans for deep sea exploration, but a new ocean discovery makes big waves on a microscopic level. A team of science researchers trawling the ocean floor have just published their findings of the world’s new largest virus, found lurking off the coast of Las Cruces, Chile. It’s so big, it’s actual scientific name is Megavirus chilensis — and you can even view it with a basic light microscope. The previous virus record holder was Mimivirus, which boasted the largest diameter of any virus to date until Megavirus came along.
Megavirus nudges out Mimivirus,
the former heavyweight champion of the viral world.
The virus’ DNA features 1,259,197 base pairs, which encode some parasitic bacteria-like features. Unlike a virus, bacteria is a cellular organism — a virus can only infect and replicate itself within the cells of other organisms. It even has some built-in DNA repairing enzymes which allow the virus to repair damage from ultraviolet light, chemicals, and radiation.
Mimivirus was found in 1992, lurking in an amoeba in Bradford, England. Its capsid, the protein shell housing the virus’ genetic material, was 400 nanometres wide. If that still sounds pretty tiny, most viruses fall in the range between 20 and 300 nanometres, making both Mimivirus and the new Megavirus titans of the microscopic world. Mimivirus and Megavirus are believed to have diverged from a shared viral ancestor somewhere along the evolutionary road, both developing into giant viruses in their own right.
Penekanan sama adil untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
BEBERAPA pihak menyuarakan rasa kurang senang dengan perkembangan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan kerana bimbang berlaku pelaksanaan yang berat sebelah.
Ini disebabkan perancangan bagi memastikan Bahasa Inggeris dapat diperkukuhkan sudah dapat dilihat dengan jelas melalui cadangan pengambilan 365 tenaga pengajar pakar bahasa Inggeris dari luar negara, termasuk United Kingdom dan Australia.
Mereka yang diambil secara kontrak yang akan dibahagikan mengikut zon untuk membimbing guru Bahasa Inggeris tempatan teknik pengajaran yang dapat membantu murid menguasai bahasa itu dengan lebih baik.
MBMMBI yang menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan pada tahun lalu, turut melihat persetujuan Kabinet bagi penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditambah di sekolah rendah dan menengah.
Berdasarkan keputusan itu, waktu bagi Bahasa Melayu ditambah daripada 270 minit kepada 330 minit seminggu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT), manakala untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dikekalkan kepada 240 minit seminggu.
Masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris pula ditambah daripada 240 minit kepada 330 minit di SK dan Sekolah Menengah, manakala di SJKC/SJKT ditambah daripada 60 minit ke 120 minit seminggu.
Sungguhpun demikian, waktu persekolahan tidak dipanjangkan, tetapi diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar dan ia akan dibuat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan berkenaan.
Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani, berkata gerakan untuk melaksanakan MBMMBI berjalan terlalu perlahan berbanding ketika dasar PPSMI ingin dilaksanakan pada 2003 dan perkara terbabit menimbulkan kebimbangan di kalangan pejuang bahasa Melayu.
“Kita boleh lihat dengan jelas, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia dan wajib diguna pakai oleh semua masyarakat tidak kira agama dan bangsa. Ia perlu diberi penekanan mendalam dalam aspek pendidikan kerana sudah banyak istilah dalam bahasa Melayu diterima pada peringkat antarabangsa.
“Kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu berusaha untuk mengembalikan status bahasa Melayu seperti sebelum 2003 yang mana ia diguna pakai dalam semua bidang pendidikan termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik,” katanya ketika ditemui Sastera, di Kajang, baru-baru ini.
Kamal Shukri juga menegaskan usaha membina tamadun ilmu dalam bahasa rasmi negara ini sudah berlangsung dalam masa yang panjang dan perlu dimanfaatkan, tetapi malangnya segala penat lelah dan masa yang diluangkan bagi memperkasakannya terbazir apabila bermula 2003 apabila PPSMI diperkenalkan.
Beliau pasti bahawa banyak jurnal, bahan ilmiah dan penyelidikan bagi bidang Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sudah dapat dihasilkan ilmuwan dan sarjana sekiranya PPSMI tidak diperkenalkan, malahan pimpinan atasan juga perlu meletakkan bahasa Melayu di tempat sewajarnya dengan menggunakannya ketika berkomunikasi dan urusan rasmi.
“Kita perlu sedar, bahasa Melayu mempunyai jiwa dan nilai budaya yang sangat indah serta sukar diungkapkan. Ia mampu menjadi bahasa ilmu yang diiktiraf dunia, tetapi dalam masa sama tidak salah untuk masyarakat menguasai bahasa Inggeris selagi tidak membiarkan fikiran mereka ditawan bahasa itu,” ujarnya.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, pula menyifatkan dasar MBMMBI perlu diberi penekanan dengan menghalakan warga pendidik terlebih dulu kerana fungsi mereka penting bagi melahirkan bangsa Malaysia yang mencintai bahasa Melayu.
Justeru, masalah yang dihadapi kerajaan dalam pelaksanaan dasar berkenaan adalah bagi menyediakan 13,000 guru baru yang terlatih khususnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam tempoh setahun.
“Guru sebenarnya menjadi nadi utama dalam menjayakan dasar MBMMBI kerana kalau kita lihat, majoriti pendidik lebih mengejar untuk menghabiskan silibus pelajaran berbanding menerapkan kesedaran dalam diri pelajar bahawa bahasa Melayu adalah wadah kesepaduan dan kesepakatan di Malaysia.
“Bahasa Melayu sebenarnya bukan saja berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, tetapi juga berkualiti sebagai bahasa ilmu. Statistik menunjukkan bahawa pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menghadapi masalah untuk menguasai bahasa Melayu. Salah satu sebab hal ini berlaku pastinya kerana kurangnya penekanan daripada guru sendiri,” jelasnya.
Beliau berharap kerajaan memainkan fungsi penting dalam hal ini dengan melaksanakan pelbagai dasar yang tegas bagi mendaulatkan kembali bahasa Melayu di kalangan masyarakat, selain pemimpin atasan perlu menjadi contoh terbaik dalam aspek penggunaan dan komunikasi dalam bahasa Melayu.
“Di samping itu, bahasa Melayu juga perlu di martabatkan pada peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), tidak kira sama ada awam atau swasta. Penegasan dalam hal ini perlu bagi memastikan bahasa Melayu diletakkan di tempat teratas dalam urusan rasmi,” ujarnya.
Lan: Anak-anak akulah, cuti sekolah ni duduk di rumah, mulalah mengaruk nak itu nak ini!!
Ali: Yalah, cuti sekolah ni, risau juga anak-anak ni. Emak bapak bekerja, tak tau apa mereka buat di rumah. Sekarang ni kau tau ajelah, macam-macam gejala ada. Eh!! Kalau pasal anak-anak ni, bukan kau seorang, aku pun pening kepala juga ….
Lan: Anak-anak aku ni jenis tak suka duduk diam, anak jantan!! Ni cuti sekolah ni minta belikan basikal sorang sebiji ….
Ali: Basikal??
Lan: A’aa …. Basikal, jenis budak-budak sekarang pakai tu!!
Ali: Alaa … belikan aje, kita dulu pun ada basikal juga sebiji sorang ….
Lan: Kita dulu tu lain, basikal tu keperluan!!
Ali: Habis tu, sekarang tak keperluan ke?
Lan: Dulu kita ada basikal sebab itulah kenderaan pergi ke sekolah, bila ada basikal tu emak bapak senang sikit, boleh suruh anak-anak pergi kedai beli itu ini, boleh minta tolong pergi sana sini angkut barang, angkut orang!!
Ali: Hehehe … betul tu ....
Lan: Sekarang ni lain, cuti sekolah barulah nak pakai basikal. Masa sekolah emak bapak hantar, kalau tak pun, naik bas sekolah. Basikal ini fungsinya macam barang mainan aje. Bukan keperluan lagi!!
Ali: Alaa … belikan aje la, boleh juga minta tolong ke kedai.
Lan: Senang kau cakap, sebiji harga dekat seribu!!
Ali: Belikan satu aje, si abang kayuh, adik duduk belakang. Ganti-gantilah ….
Lan: Ali, basikal sekarang bukan macam dulu, basikal sekarang tak ada lantin!!
Ali: Tak ada lantin pun tak apa, bukannya nak berjalan malam. Lagipun kawasan perumahan ada lampu jalan, tak perlu lantin lagi!!
Lan: Dah tak ada lantin, macam mana nak bawa orang?? Nak duduk atas apa? Tu yang kena beli satu sorang ….
Ali: Tak ada sangkut paut lantin dengan bawa orang!!
Lan: Lantin tu le tempat duduk orang ….
Ali: Orang tak duduk atas lantin laa … beruk aje yang duduk atas lantin!! Takkan kau nak anak kau duduk tercokoh macam beruk?! Hehehehhe ... macam-macamlah kau ni ….
Lan:Ada pulak kau kata anak aku macam beruk?? Tak tentu pasal kena pulak seliang karang!!
Ali: Hehhee …. Habis tu kalau dah duduk atas lantin, macam beruk panjat kelapa la. Dulu masa di kampung, orang bawa monyet panjat kelapa duduk kat handle, kat lantin tu!! Tapi kalau orang yang duduk atas lantin tu, mau patah lantin tu … hehehhehe
Lan: Lantin bukan kat depanlah, bukan kat handle!!
Ali: Di mana pulak??
Lan: Kat belakanglah!!
Ali: Kalau di belakang, nak suluh apa??
Lan: Bukan nak suluh, tapi untuk bawa barang, bawa orang ….
Ali: Eh!! Lantin ni apa??
Lan: Apa pulak lagi, tempat duduklah!! Tempat duduk belakang basikal tu, lantin le namanya. Kau tak tau ke?
Ali: Laa … tempat duduk belakang tu ke? Itu bukan lantin, itu gere, orang kampung aku panggil gere ….
Lan: Lantin ni pulak kau ingat apa?
Ali: Lantin ... lantin le, lantera. Orang sekarang panggil lampu!!! Hehehee ….
Glosari
Lantin -
1- (Melayu lama) lampu
2- (dialek Perak) tempat duduk belakang basikal Gere
3 - (dialek Kelantan) tempat duduk belakang basikal
Nota Kaki
Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku.
LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.
Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.
Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.
Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.
Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.
Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.
“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.
“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”
Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.
Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’
“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi
INTERLOK sebagai teks komponen sastera (KOMSAS) bagi mata pelajaran bahasa Melayu untuk pelajaran Tingkatan Lima pada tahun hadapan kemungkinan dimansuhkan setelah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam membuat pengumuman mengenai status novel itu dilihat mendahului Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri.
Bahasa sebagai wahana fikiran dan fungsi komunikasi digunakan untuk menyampaikan mesej dan idea dengan pelbagai gaya bahasa. Gaya bahasa terarah kepada budaya komuniti bahasa. Ini berbeza dengan ilmu bahasa atau linguistik sebagai satu disiplin yang mengandung sistem bahasa sesuatu komuniti bahasa.
Sehubungan itu, gaya bahasa dalam karya kreatif tidak mutlak sebagai sistem tetapi lebih akur kehendak budaya masyarakat. Titik utama penggunaan bahasa dalam apa-apa medan dan lapangan berdasarkan prinsip asas bahasa tegak berdasarkan sistem dan budaya.
Isunya novel sastera menjadi polemik kerana segelintir pihak gemar menggunakan politik sebagai asas perhitungan mempopularkan diri. Walhal karya kreatif yang berunsurkan semangat kebangsaan seperti novel Interlok karya Abdullah Hussein diterbitkan pada 1971 antara tulisan pascamerdeka. Penulis sezamannya terutama Arena Wati (Sandera, 1971) dan Aziz Jahpin (Pulanglah Perantau, 1971)
mengutarakan idea dan tema novel yang bersifat sejarah dan menyemarakkan semangat kebangsaan melalui aplikasi bahasa Melayu sebagai wadah perjuangan umat Melayu. Antara novelnya ialah Putera Gunung Tahan (1937) dan Anak Mat Lela Gila (1941) karya Ishak Haji Muhammad.
Bahasa Melayu sebagai medium menyalurkan semangat kebangsaan sekian lama terutama menyalurkan idea dalam karya sastera Melayu moden pada 1920-an telah menanam sifat ‘bahasa jiwa bangsa.’
Kebebasan jiwa seorang penulis tidak terbatas dan pemikiran kreatif terpancar melalui karya kreatif termasuk karya fiksyen tetapi olahan dan manipulasi bahasa puitis dan gramatis menggambarkan realiti kehidupan dalam negara yang pelbagai kaum perlu menjadi garis panduan dan pedoman rakyat.
Pengungkapan idea dan pemikiran dalam genre sastera, iaitu prosa dan puisi yang banyak konsep dan bayangan melalui ungkapan, kalimat simbolik dan gaya bahasa kreatif dari aspek fungsi wahana perhubungan menjadi paksi perpaduan.
Malah karya kreatif yang dilihat dari aspek politik ditokok isu sensitif seperti agama, dan kaum dengan penuh prejudis hanya menimbulkan perasaan kurang senang.
Dalam teks novel yang berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman berkenaan membabitkan penghijrahan kaum pekerja dari luar termasuk dari Selatan India. Penulis menggambarkan situasi dalam kapal itu bersesak-sesak antara golongan Brahmin dan golongan Kysatria dibawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api dan buruh di ladang getah.
Penaakulan yang waras dan akademik menghayati karya sastera dan sejarah dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berasaskan perasaan dan politik yang hanya menafikan asal usul dan kaum itu sendiri. Pemain politik yang membangkit sentimen kaum hanya satu perenggan dalam novel semata-mata memperlihatkan tahap pendidikan dan politik baru.
Harapan masyarakat Malaysia bahawa politik baru dan media baru tidak meminggirkan idea dan pemikiran keindahan gaya bahasa dalam tulisan karya kreatif atau bersifat akademik apalagi sejarah yang mencatat fakta dan data.
PAIP kumbahan yang pecah menyebabkan air najis terapung di permukaan di Jalan Cenderai 17 dekat Taman Megah Ria.
Penduduk Taman Megah Ria ‘terseksa’ sejak tahun lalu
PASIR GUDANG: Kira-kira 1,000 penduduk yang mendiami sekitar Jalan Cenderai 15 dan 17 dekat Taman Megah Ria di sini, merayu pihak berkuasa menyelesaikan kebocoran paip kumbahan pada laluan utama perumahan itu yang berlarutan sejak setahun lalu.
Kebocoran itu mengakibatkan air najis sering bertakung di permukaan jalan dan masa sama menyebabkan laluan itu sukar dilalui kenderaan berikutan lubangnya semakin besar dan dipenuhi sampah sarap yang berkumpul seperti serpihan kayu dan plastik.
Penduduk mendakwa sudah banyak aduan dibuat kepada pihak berkuasa tempatan dan syarikat utiliti, namun masing-masing didakwa menuding jari antara satu sama lain hingga menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil.
Pembantu stesen minyak, Isa Abdul Karim, 51, mendakwa kehidupan keluarganya cukup terganggu akibat bau kurang menyenangkan berikutan rumah sewa yang didiami terletak hanya 50 meter dari kawasan paip kumbahan bocor.
“Sebelum ini, kami tidak menghadapi sebarang masalah, namun mula berasa tidak selesa kerana bau busuk dari kumbahan itu mencemari udara walaupun kami berada dalam rumah dan perlu menutup tingkap dan pintu rumah sepanjang masa.
“Ini berikutan beberapa paip pecah itu berpunca daripada kerja mendalamkan perparitan yang bertujuan melancarkan aliran air. Sebelum ini ada pihak yang cuba membaiki jalan yang berlubang itu dengan menurap semula jalan terbabit, namun lama kelamaan air bawah tanah mengalir keluar," katanya.
Katanya, selain terganggu masalah bau meloyakan, penduduk juga merayu pihak berkuasa menyegerakan kerja pemasangan pembetung kerana jalan itu tidak dapat dilalui kenderaan selepas digali dengan beberapa paip dibiarkan pecah tanpa dibaiki.
Ejen hartanah, Tan Peng Chye, 48, berkata permukaan jalan yang berlubang itu pernah mengakibatkan kemalangan motosikal berikutan tiada lampu jalan dipasang pada waktu malam, selain mereka berdepan masalah lain kerana laluan itu sering dinaiki air setiap kali hujan lebat kerana tanah cerun.
“Sekurang tiga kemalangan pernah berlaku sepanjang tahun ini yang membabitkan penunggang motosikal kerana tidak menyedari ada permukaan jalan berlubang, meskipun papan tanda amaran sudah diletakkan berdekatan.
“Selain kemalangan, penduduk taman ini dan flet berdekatan sering dijangkiti demam denggi kerana banyak takungan air dibiarkan begitu saja akan menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes serta membahayakan kanak-kanak yang gemar bermain air," katanya.
Suri rumah, S Kaliwani, 41, berkata anaknya sering demam dan tiada selera makan kerana tidak tahan bau busuk daripada paip kumbahan yang bocor dan mereka sukar mengunjungi pasar malam kerana laluan masih tidak dibaiki.
“Kebanyakan penduduk di sini berpendapatan rendah, tidak mampu membaiki kerosakan yang berpunca kecuaian pihak berkuasa. Kami berharap masalah ini segera diselesaikan kerana masalah ini sudah berlarutan sekian lama," katanya.
TUN Dr Mahathir memotong pulut kuning sempena Malam Gala Tun Dr Mahathir Legasi Tersohor sempena ulang tahun kelahiran Dr Mahathir, sambil diperhatikan Najib, Rosmah dan Dr Siti Hasmah di Kuala Lumpur, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan tiga aspek kepemimpinan yang memberikan impak sangat besar dalam pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, tiga aspek itu adalah mewujudkan misi nasional iaitu Wawasan 2020, menyelamatkan ekonomi negara ketika krisis ekonomi dunia pada 1997 dan menggalakkan rakyat menanam semangat keyakinan diri melalui slogan Malaysia Boleh.
“Bila Tun (Mahathir) ungkapkan ucapan visi Malaysia jadi negara maju, ia cetuskan semangat di ka langan rakyat dan hari ini kita berdiri di pusingan akhir,” katanya pada Majlis Makan Malam Gala Tun Dr Mahathir: Legasi Tersohor dan Pelancaran Program Kepimpinan Ulung Mahathir (MDIP), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.
Majlis turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
Beliau berkata, Dr Mahathir berjaya menjadi penyelamat kepada ekonomi negara dengan mengelakkan Malaysia terjebak dengan penguasaan Tabung Mata Wang Dunia (IMF).
“Saya boleh menyokong apa yang Tun (Mahathir) sebut bahawa beliau tidak akan menyerahkan negara kita kepada penguasaan IMF dalam apa juga keadaan, sebaliknya kalau ada orang nak tuduh dia (Tun) menulis surat itu, saya fikir itu mengarut belaka.
“Dari segi psikologi dan emosi Tun beri kita sesuatu yang kita mungkin tak ada sebelum ini iaitu keyakinan diri yang kita boleh melakukan dan timbul slogan Malaysia Boleh yang akhirnya jadi sumber inspirasi pada kita,” katanya. Najib berkata, semua usaha yang dilakukan Dr Mahathir itu memberikan kesan besar dan berjaya meletakkan Malaysia ke arah visi negara maju dan memberikan keyakinan kepada rakyat.
Sementara itu, MDIP yang dilancarkan itu diwujudkan bertujuan memberikan penghormatan atas jasa dan kepemimpinan Dr Mahathir terhadap permodenan negara selama 22 tahun.
ADUN Kahang, R Vidyananthan (kanan) bersama penduduk meninjau keadaan banjir yang melanda Kampung Contoh, Kahang, semalam.
Penduduk dinasihatkan tidak tunggu saat akhir selamat diri, harta
JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di seluruh Johor meningkat kepada 3,310 orang hingga jam 9.45 malam tadi, dengan Kluang menjadi daerah paling teruk terjejas membabitkan pemindahan 2,703 mangsa daripada 695 keluarga.
Setakat ini, 42 pusat pemindahan sudah beroperasi meliputi tiga daerah, membabitkan 23 pusat di Kluang, lima di Segamat dan empat di Batu Pahat.
Cuaca mendung di sekitar Johor Bahru sepanjang hari semalam, membolehkan penduduk Kampung Laut yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai, pulang ke rumah masing-masing.
Di Kluang, kawasan teruk terjejas di Mengkibol dan Kahang dengan enam pusat pemindahan dibuka, selain lima di Machap, tiga di Paloh, manakala masing-masing dua di Layang dan Mahkota.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata beliau agak kecewa dengan sikap penduduk di kawasan tertentu yang terjejas banjir menunggu hingga saat akhir untuk berpindah.
Katanya, sikap seumpama itu bukan saja menyusahkan diri malah menyukarkan pasukan penyelamat menjalankan operasi pemindahan apabila banjir melanda terutama pada waktu malam. “Semua penduduk yang berada di kawasan terdedah banjir, wajar mengambil langkah awal memastikan dokumen dan barang berharga dipindahkan ke tempat selamat sebelum bencana melanda.
“Kita juga minta pasukan keselamatan khususnya polis untuk menjalankan rondaan di kawasan kampung dan perumahan yang terpaksa ditinggalkan oleh mangsa banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika meninjau mangsa banjir di Kluang, petang semalam.
Di Batu Pahat, sebuah pusat pemindahan baru dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru dan sehingga jam 2 petang semalam, 24 orang mangsa daripada tujuh keluarga telah ditempatkan di sana.
Kini terdapat empat pusat pemindahan di Balai Raya Haji Kamisan, SK Kota Dalam dan SK Taman Sri Kota dan jumlah keseluruhan 88 mangsa.
Di Segamat, lima pusat pemindahan dibuka sehingga jam 3 petang, semalam, membabitkan Balai Raya Kampung Pogoh 2, Kampung Usahajaya, Spangloi, Balai Islam Kampung Paya Dalam dan Batu Badak membabitkan 223 mangsa daripada 46 keluarga.
Di Muar, jurucakap bilik gerakan banjir daerah itu memaklumkan keadaan masih terkawal, bagaimanapun mereka diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca yang mendung sepanjang hari.